CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1237|Reply: 5

Ahmad Zahid Kembali Bertugas Sebagai Presiden UMNO, Cuti Selama 6 Bulan Berakhir

[Copy link]
Post time 1-7-2019 10:14 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Zahid kembali bertugas sebagai Presiden UMNO selepas enam bulan bercuti. Kredit foto: UMNO Online



Selepas enam bulan bercuti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kembali bertugas sebagai Presiden UMNO mulai 30 Jun lalu.


Memetik laporan UMNO Online, Ahmad Zahid membuat keputusan tersebut sempena genap setahun beliau dipilih sebagai Presiden UMNO oleh para perwakilan dari 191 bahagian di seluruh negara.


"Maka, genap setahun ini cukup signifikan dan sangat penting bagi saya, oleh yang demikian, 30 Jun 2019, saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai Presiden UMNO pada hari ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri di Sungai Sumum, Bagan Datuk, Perak.


Pengumuman Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu menamatkan spekulasi berhubung kemungkinan beliau terus bercuti sehingga pemilihan UMNO akan datang.


Kerjasama UMNO dan Pas semakin erat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Kredit foto: Facebook



Tugas Presiden UMNO selama enam bulan lalu digalas oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan dan sepanjang tempoh itu, Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan hatrik dalam tiga pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih serta DUN Rantau.


Sebelum itu, BN tewas kepada Pakatan Harapan dalam tiga PRK di DUN Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia manakala BN tidak meletakkan calon dalam PRK Parlimen Port Dickson.


Ramai ahli dan penyokong UMNO berharap Mohamad yang lebih dikenali sebagi Tok Mat kekal menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO berikutan prestasinya yang cemerlang sepanjang enam bulan lalu.


Mohamad berjaya mempertahankan kerusi DUN Rantau dalam PRK pada 13 April 2019. Kredit foto: Facebook



Kejayaannya mempertahankan kerusi DUN Rantau walaupun terpaksa berdepan dengan jentera PH yang serba lengkap dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tulang belakang telah melonjakkan populariti beliau dalam kalangan akar umbi parti.


Keputusan Ahmad Zahid untuk kembali bertugas itu disambut baik oleh seluruh kepemimpinan tertinggi UMNO termasuk Mohamad sendiri dan beliau berharap agar agenda untuk memperkasakan parti serta menyusun strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dapat diteruskan.


Sememangnya perkembangan terbaharu dalam UMNO itu menjadi tumpuan banyak pihak kerana selain PAS, parti tersebut merupakan tulang belakang pembangkang yang cukup kuat untuk berdepan dengan PH. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2019 02:27 PM | Show all posts
hurmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak Jahid ni elok berehat smpi PRU 15....ni semua mesti rancangan Bung Nuwar utk dapat blk sokongan UMNO melalui pengaruh Wak Jahid....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
creep_bite: Wak Jahid ni elok berehat smpi PRU 15....ni semua mesti rancangan Bung Nuwar utk dapat blk sokongan UMNO melalui pengaruh Wak Jahid.... :lol ...


Kalau dia buat camtu, ramai yang keliar UMNO

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memudahkan PH menang lagi PRU akan datang.. Penat cai berkempen awal dalam forum cari
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau cuti la terus wak jahid
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.157527 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list