Siapa yang tak berasa berbesar hati dapat meluangkan masa bersama idola mereka dan juga nama besar di persada hiburan antarabangsa kan?
Nampaknya begitu juga dengan penyanyi dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim yang 'trobek' waktu pertemuan bersama dengan artis Hollywood, Paris Hilton.
Momen 4 tahun lalu dikongsikan semula menerusi laman IG Sarimah sendiri dan beliau sempat menitipkan kata-kata positif tentang figura tersebut.
"Saya dan Paris Hilton pernah bertemu sekitar tahun 2015 dan kami sempat berkongsi pelbagai cerita menarik sepanjang sesi itu.
"Dia seorang wanita berkerjaya dan usahawan yang sangat bijak. Mungkin dipandang rendah daripada beberapa sudut namun itulah namanya penjenamaan diri.
"Ramai individu yang kita nilai hanya berdasarkan luaran semata-mata walhal kualiti sebenar tidak dipertontonkan kepada khalayak," katanya.
Nyata ramai yang tidak mengetahui sisi lain Paris Hilton yang rupanya begitu berkarisma meskipun sering mendapat kecaman sana sini daripada warganet.
Para pengikut Sarimah turut bersetuju dengan pendapatnya yang mengatakan tidak semua yang dipertontonkan itu adalah peribadi dan sosial mereka.
Banyak lagi perkara menarik dan positif di sebalik tabir! Begitu inspirasi kan perkongsian Sarimah ini! - CARI
Post time 5-7-2019 05:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mfzg89 replied at 5-7-2019 05:18 PM
bijak celah mananye..??kaki parti & seks camni kata bijak..???
Orang tak bijak pun ada juga yang kaki seks dan parti.. ada juga bawang2 dari golongan bijak dan bawang2 dari golongan tak bijak.. sebab dah memang dorang suka membawang.....
Post time 5-7-2019 05:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ape ape pon iols suka lagu dia stars are blind dengan nothing in this world ke apa tah tu..vc dia dok nak pikat budak cm paedo plak jilaka btoi...
Lagu lagu tu menghiasi kehidupan student iols sambil berjimba sebab slalunkuar kat flyfm
Post time 5-7-2019 06:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
shernazz replied at 5-7-2019 05:57 PM
Ape ape pon iols suka lagu dia stars are blind dengan nothing in this world ke apa tah tu..vc dia do ...
omg sama! i pun suka lagu stars are blind dan nothing in this world. Dulu2 gigih duduk depan tv tengok mtv dengar smpai habis sekarang i masih dengar kadang2 sebab guna spotify
Post time 5-7-2019 06:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by hzln at 5-7-2019 06:39 PM
If by being a high end hollywood call girl makes you a smart businesswoman, so yeahhh....paris hilton is one hell of a smart businesswoman.
Ask somebody with plenty of money to throw around.
They surely know.
Somebody like jho low.