View: 37581|Reply: 26
|
Pengalaman Breast Filler
[Copy link]
|
|
Ada tak korang yang dah cuba? Atau kenal orang yang pernah cuba? Berkesan dan selamat ke? Baru baru ni nampak Zarina Anjoulie update dia baru buat breast filler. Harap dapat kongsi pengalaman ye |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu i buat sulam bibir dengan 1ig ni, dia ada buat breast filler. Tengok gambar before dengan after nampak lah beza nye. Tapi sebab i buat sulam bibir tu result hampeh terus cop semua treatment dia tu bukan macam dalam gambar. |
|
|
|
|
|
|
|
Zarina tu tek dak besar pun nak buat filler lg keee |
|
|
|
|
|
|
|
kopek vokuru original ada cop honda lg
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya awloh ngeri gila sis iols tengok dorang duk cucuk2 filler kat nenen ni. Dorang cucuk hyaluronic acid eh katanya??? Ada yg kata uqasha duk cucuk filler nilah yg buat nenen besar. Sebelum ni nenen dia kecik je |
|
|
|
|
|
|
|
Cukup bulan dpt breast cancer.. Silalah buat demi nk nenen besar |
|
|
|
|
|
|
|
TT nak kopek besar buat apa? Suruhlah husband buat bg besar. Apa la |
|
|
|
|
|
|
|
KRONOLOGI KES SUNTIKAN PAYU DARA.
Siapa yang ada pasang niat untuk membuat suntikan payu dara .. SILA BACA !
Breast filler ?
Pernah dengar kan ? Ramai yang tawar harga murah murah dekat luar sana .
Macam macam jenis ! Breast filler ni .
Paag , Kolagen lah , Macam2 lagi lah produk yang menhjahanamkan ni tumbuh macam cendawan liar untuk menjahanamkan orang lain demi wang ringgit
Kes ni , Antara kes yang kerap kali Aku lihat masa di Jabatan bedah .
Lebih kurang 5 tahun lepas , Seorang pesakit yang datang ... Dengan bengkakkan “ Breast filler “ Yang jatuh dari payu dara ke perut !
PAAG
Polyacrylamide Hydrogel adalah sejenis cecair Jeli yang disuntik kedalam payu dara dengan harapan untuk memberi ketegangan dan menampakkan perubahan saiz pada payu dara . Ianya telah digunakan sejak 10 tahun yang lepas . Namun penggunaannya telah di
“ Haramkan” oleh kerajaan China , Us dan banyak lagi disebabkan kecenderungan untuk Kanser .
Kes yang aku nak ceritakan ni , Lebih kurang dengan Kes study yang aku ambil dari NCBI
Kes 1
Wanita , 48 Tahun . Telah mendapatkan suntikan PAAG untuk kedua dua payu dara pada tahun 2003 . Selepas suntikan , Makin lama payu dara kiri menjadi semakin keras .Selepas 10 tahun , Pada Februari tahun 2013 , Bengkak semakin membesar , panas , Dan menjadi kemerah merahan ... Jangkitan payu dara menjadi semakin tidak terkawal .
Pesakit dirawat dengan antibiotik buat seketika . Di arah untuk datang semula untuk kajian lanjut . Pesakit tidak hadir
Sehinggalah ...
Disember 2013 .. Pesakit telah masuk ke wad semula disebabkan payu dara kiri nya dah mula jatuh , Semakin Keras.. saiz menjadi semakin besar tidak terkawal , Masa tu payu dara kanan masih normal .
Areolar Puting masa tu bersaiz 4.5 cm
Kajian lanjut terus dilakukan .
Masa tu tak ada lagi ketulan pada payu dara Kanan .
Semua ujian darah masa tu Normal.
Untuk wanita berumur 40 tahun ke bawah , Selalunya kami akan buat ultrasound. Untuk kes ini . 48 tahun . Jadi kita proceed dengan Mamogram.
Keputusan mamogram kurang jelas .
Pesakit telah menjalani pemeriksaan MRI
( Magnetic Resonance Image )
Keputusan Mri Telah menunjukkan kewujudan “ Post injection augmented breast “ bermakna Mri dapat detect ada bendasing yang disuntik kedalam payu dara tu .
Dalam masa yang sama , Telah menpakkan Ketulan yang “ Abnormal” Iaitu penemuan ketulan yang tak normal dalam payu dara tadi .
Nodul Limfa sebelah kiri Axilla (ketiak) juga telah bengkak dan membesar.
Pembedahan untuk mengambil sampel ketulan telah dijalankan dengan proses
“Aspiration “
Terkejut !
300 ML cecair jeli telah di sedut keluar dari kedua dua belah payu dara .
Keputusan makmal menunjukkan “ Fibrous breast tissue “ dengan “ Silikon like material “
March 2014
Setelah jeli PAAG disedut keluar . Payu dara sebelah kiri , Membesar sekali lagi .Sebesar tapak tangan .
Bayangkan dalam masa 4-5 buln sahaja , pembesaran saiz sangat Rapid ( Cepat )
Pesakit di masukkan semula ke dalam wad .
Payudara menjadi semakin mengecut
Kulit luaran semakin kering dan tidak sihat
Tompokkan warna pada kulit luaran yang
gelap dan kemerahan .
Ketulan itu menjadi semakin keras
bersaiz 6x10 Cm ..
Puting menjadi kecut dan tertarik kedalam .
Pembedahan untuk mengambil sampel ketulan telah dijalankan .
Tisu ketulan dihantar ke makmal untuk kajian histopatologi
Estrogen reseptor (-)
progesteron reseptor (-)
cerb b2 (++)
local ki67 (67-60%)
high mol weight CK (-)
Ck5/6 (-)
Scattered calponin ( + )
p63 (-)
Smooth muscle actin (+)
Kesimpulan
- Inflitration stage 2-3 kanser payu dara
Masa diumumkan keputusan tu ..
Pesakit hanya mampu menangis teresak esak ..
Apa lagi yang kami boleh laku kan selain memberi berita yang benar ?
Nak putarkan masa semula ?
Tak mungkin terjadi ..
Pesakit merayu rayu doktor untuk memulihkan keadaanya ..
Dengan harapan untuk “ Cancer Free”
Tapi kami hanya manusia biasa , Yang sering diherdik bodoh dan sebagainya ..
Kalau dah bodoh .. Macam mana nak rawat kan ?
Tapi kami tetap mencuba ..
Pesakit itu telah disarankan untuk melalui pembedahan pembuangan ketulan cancer secara penuh.
Fakta dari kes diatas
1 - Suntikan payu dara adalah merbahaya TAK KIRA apa jenis sekali pun
2- PAAG telah menyebabkan perubahan Genetik tisu payu dara ..dan telah menaikkan paras MRnA c myc proto oncogene ( Yang telah merencatkan pertumbuhan normal tisu payu dara) yang mana telah mengubah struktur pembentukkan sel , Malangnya sel yang membesar dengan terencat dan menjadi sel kanser .
3 . Kanser itu “ TIDAK SAKIT “ ... Melainkan jika berlaku jangkitan kuman. Sebab tu ramai pesakit di malaysia yang datang .. Sudah pun ada stage 3-4 cancer kerana ketulan itu tidak sakit !
4- Pesakit yang cucuk payu dara ni , Selalunya memilih untuk tidak bercakap benar semasa berjumpa doktor.
5- Penghasilan Ketulan payu dara adalah komplikasi yang sangat biasa dijumpai selepas Suntikan Payu Dara
6- Pembesaran Kanser disebabkan suntikan payu dara adalah lebih agresif berbanding yang lain .
Aku tahu , Ramai diluar sana yang telah lakukan suntikan payu dara , Ada yang buat dengan “ Pengendali kecantikan “ yang tidak ada pengetahuan lansung tentang sel payu dara ..
Katanya Murah ! Lepas suntik jadi tegang .
“ Lepas suntik akan jadi tegang , Makin seksi dan cantik “
“ Suami makin sayang!!”
“ Suami janji takkan curang dan cari lain !”
“ Awak akan nampak lebih yakin “
“ Aku suntik payu dara elok je ? Dah 5 tahun .. Tak jadi apa pun ?”
Selepas 2 tahun ? Selepas 5 Tahun? Selepas 10 tahun ?
Tanpa sedar , Sel sel payu dara telah bermutasi . Genetik tisu payudara dah mula merubah struktur kelahirannya .
Mereka mula melahirkan tisu tisu kanser yang baru , Tidak lagi berfungsi sebagai tisu payu dara , Malah menjadi
“Tisu Zombi “ Yang bermutasi .. Merempuh segala organ yang ada untuk meluaskan kuasa mereka..
Maka sel sel kanser ini akan merebak , Untuk menawan semua tisu di dalam badan yang ada ..
Untuk kes pesakit tadi .
Pesakit harus menjalankan kemoterapi .
Kemungkinan besar untuk dapat Stage 4 Cancer yang merebak ada lah tinggi ..
Kemoterapi keupayaanya adalah untuk mengurangkan jumlah sel sel kanser yang membesar . Dan membunuh sel sel kanser yang sedia ada .
Proses untuk membunuh sel sel kanser yang ada pun bukan senang . Perlu masa yang lama
Sel sel yang sudah bermutasi , Atau nama lainnya dah menjadi “ Zombi “ Adalah lebih sukar untuk dihapuskan berbanding sel biasa .
Macam dalam tv tu , Nak bunuh zombi sikit punya susah .
Tuhan pun dah melarang untuk mengubah ciptaanya .
Yang kau orang pandai pandai ubah kenapa ?
Kerana pendirian sendir yang kata tak cantik ?
Atau orang lain kata tak cantik ?
Orang orang yang kata tak cantik tu ..
Aku nak tanya depa ..
Kalau kawan kau dah terbaring siksa dengan kanser ni ..
Kau rasa dia cantik tak?
Kau nak jaga diorang tak lepas tu ?
Dekat KL banyak “ Freelance “ Yang tak bertanggung jawab yang melakukan prosedur ini di rumah hotel dan sebagainya .
Menawarkan harga yang sangat murah sampai kau pun tak boleh tahan
Tapi , Kalau jadi apa apa dekat kau , Kau akan cari doktor jugak akhirnya ..
Sekarang ni , Dia tahu tak kah dah kena kanser sebab prosedur yang dia buat tu .
Nanti ramai lah tanya , Kalau suntik kolagen ok tak ? Suntik itu ini ok tak ?
Tak kira apa pun jenjs suntikan yang kau suntik dalam payu dara kau tu ..
Tisu badan kau akan anggap ianya
“ Foreign body “ Benda asing.
Tisu sekeliling akan bermutasi menjadi zombi seperti yang aku cakap tadi
Mula mula tisu jadi zombi , Sampai lah tuan punya badan jadi zombi
Pernah tengok pesakit selepas kemoterapi ?
Kalau faham bagus .
Tolong aku sebarkan supaya ramai yang tak tertipu dengan agen agen freelance yang suntik muka , Suntim payu dara dirumah ni .
Diorang pun sendiri tak suntik .
Padahal payu dara mereka ni memang dah besar . Kau pun kagum
Jadi kau nak ada payu dara macam mereka jugak !
Harga pun dapat murah , Kau pun bayarlah
Dah la kau rugi keluar duit. , Nak menghadap kanser lagi .
Diorang tak suntik diri sendiri , Duit bank pun masuk hari hari .
Kalau boifriend atau suami kau bising payu dara kau tu kecik , Kau suruh dia berdoa dekat tuhan .
Kenapa perlu risikokan diri sendiri hanya untuk nampak cantik dan memberi kepuasan pada orang lain?
Kalau kau dah terlantar kanser nanti , Aku rasa pasangan korang pun dah cari lain .
Ada beberapa jenis silikon untuk payu dara yang selamat . Korang wajib jumpa doktor pakar jika perlukan silikon atas sebab sebab tertentu.
Bukannya buat dengan orang yang tak bertanggung jawab.
Mintak simpang
Kau orang ni semua jadi pandai sikit boleh tak !
Let me tell you one thing !
Once its a Cancer , Its always a cancer .
Ianya akan menghantui hidup anda selamanya .
Fakta bukan auta !
Nanti aku share , Kes Cancer Kulit Muka dari pesakit yang cucuk filler pada muka !
Sumber Kes kajian - Ncbi National cancer biotech information
KAU RASA TUKANG SUNTIK TU LAGI HEBAT DARI CIPTAAN TUHAN YANG SEDIA ADA KE ?
Aku dah tulis panjang panjang ni , Dah menjadi tanggungjawab korang pulak untuk sebarkan .
TOLONG SHARE ,TAG dan SEBARKAN
Jangan ada anak bini saudara mara yang terjebak DAN jadi Mangsa manusia yang tidak berperikemanusiaan ini .
Tak caya hangpa tanya @khairul yoi
Dia tau la produk produk sampah ni
SETERUSNYA BOLEH SAMBUNG BACA
KRIM TEGANG PAYU DARA
https://www.facebook.com/2480600085332299/posts/2502219106503730?s=696190231&sfns=mo
Dr Yazeed Hair Johari
Former MO Breast & Endocrine surgery
Institut Kanser Negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduiii baca pun dah rasa sakit. Ngeri lah breast filler ni. Iols syukur je lah dengan apa yang ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak pun berminat tapi Tak berani. Huhuhu... Sebab rase kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Biasenye Jalang Je
Yang qaypo.. Sori TT. Hope U're not 1 okay..
Pompuan kalo suke jual diri memang dia despret sesangat nak compete dengan yang sewaktu dengannye.. Bukan pasal somi la aku boleh bet.
Tak gune pon nasehatkn spesis ni.. Dah memang depe nekad nak buat. Biorkan je depe mampos situ.. Baru la nak insof..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sis vokuru besarkan kopek dengan toto narita letak dalam bra |
|
|
|
|
|
|
|
abis tu..apa cara yg selamat nk bg breast mantop...hehehe..
yg uqasha tu..mmg nampak besau dlm citer spanar jaya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kopek besar atau kecik,jubo besar atau kecik semuanya sbb genetik. Kalau keturunan ko jenis kopek dan jubo besar..korg pun akan dpt aset camtu tp kalau keturunan kopek kempis dan jubo tipus..mmg korg pun akan camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols redha jer la tekcik, tak sanggup nak ambik risiko cucuk filler bagai |
|
|
|
|
|
|
|
amyza replied at 7-7-2019 03:47 PM
Hari tu i buat sulam bibir dengan 1ig ni, dia ada buat breast filler. Tengok gambar before dengan af ...
Ohh i pon ada nampak satu ig femes tu buat sulam bedak & mcm2 filler. Tak berkesan eh |
|
|
|
|
|
|
|
messymimi replied at 8-7-2019 06:40 PM
KRONOLOGI KES SUNTIKAN PAYU DARA.
Siapa yang ada pasang niat untuk membuat suntikan payu dara .. SI ...
Seramnya..tapi ramai je yang berani buat..maybe sebab di promote secara terbuk & tengok ramai je orang buat. Ada kelulusan ke yang tukang cucuk2 filler ni?
Sampai boleh menyebabkan cancer ni memang bahaya sangat. Teringat arwah kawan i meninggal sebab cancer jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|