CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3600|Reply: 5

[Pelbagai] Mengapa membaca itu sangat susah dilakukan secara istiqomah dan berdisiplin

[Copy link]
Post time 8-7-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Artikel asal oleh : Pembeli Buku (Facebook)

1. Kewujudan laman sosial;
Melayari laman sosial seperti Facebook,Instagram dan Twitter ternyata lebih menyeronokkan.Selain membolehkan kita membuat kajian tentang ‘si dia’,kita juga secara tidak langsung mempunyai satu pekerjaan tetap iaitu pakcik atau makcik bawang.Perkhidmatan yang tidak dibayar,tetapi akan mendatangkan kepuasan apabila status atau komen kita akan mendapat banyak tanda suka dan juga perkongsian dari warga internet yang lain.

2. Pengaruh aplikasi drama;
Netflix,Iflix,Dimsum dan juga Viu merupakan di antara contoh-contoh aplikasi yang agak merbahaya.Satu filem kebiasaannya akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam.Itu untuk satu filem.Bayangkan jika anda menonton drama bersiri Korea?Oh.Ianya tidaklah selama mana jika dibandingkan dengan drama Latin.Mungkin anda sebenarnya mampu untuk menghabiskan pembacaan sebanyak 20 buah buku.Pengaruh yang ada pada drama-drama ini memang sangat luar biasa.Sejujurnya,saya juga tidak terkecuali dari pengaruh yang satu ni.

3. Kesibukan di tempat kerja dan kewangan;
Memasuki alam pekerjaan juga bermakna anda akan mengalami kekangan dari segi waktu dan juga kewangan.Jika pengangkutan awam yang disediakan sangat selesa seperti perkhidmatan MRT,janganlah teragak-agak untuk memilihnya.Bayangkan dalam tempoh 30 min di dalam MRT,mungkin kita dapat membaca sekurang-kurangnya 6 hingga 10 muka surat.Dari sudut kewangan pula,pastikan gaji yang anda perolehi setiap bulan ada peruntukan untuk diri sendiri.Belilah sesuatu sebagai hadiah setelah penat bekerja selama sebulan.Bukankah buku hadiah yang terbaik untuk seorang ulat buku?Tidak semestinya anda harus berbelanja dengan jumlah yang besar.Cukuplah jika anda dapat membeli sebuah buku baru yang akan dapat memberikan anda auro positif.

4. Melebihkan keperluan orang lain berbanding keperluan sendiri.
Dilema ini sering dialami oleh golongan ibu-ibu dan juga suri rumah.Apabila anda sudah bergelar isteri ataupun ibu,tidak bermakna anda harus mengorbankan diri sendiri untuk membahagiakan keluarga.Tetapkan satu hari dalam sebulan untuk anda menikmati secawan kopi sambil membaca dengan selesa.Lupakan seketika tentang tanggungjawab dan komitmen anda,nikmatilah aktiviti tersebut dengan tenang.

5. Tidak mendapat kerjasama dari pasangan;
Tidak dapat dinafikan,ini merupakan faktor yang amat sukar sekali untuk dihadapi.Amatlah beruntung bagi sesiapa yang dapat berkongsi minat dengan pasangan masing-masing.Tapi,untuk sesiapa yang mempunyai masalah seperti ini,saya merasakan anda perlu bijak untuk ‘mencuri masa’.Janganlah kerana pasangan,anda perlu merubah diri sendiri sepenuhnya.Sayangilah diri sendiri sebelum anda menyayangi manusia lain.

6. Anda dilanda perasaan bosan;
Perasaan ini saya kira menimpa semua ulat buku.Ada masanya,anda akan merasa sangat bosan menatap dan menghabiskan buku yang sedang dibaca.Tidak perlu berasa panik.Ambillah masa yang diperlukan.Beralihlah pada buku yang lain jika anda mengalami perasaan tersebut melebihi dari waktu yang sepatutnya.Bukankah membaca buku itu sepatutnya menyeronokkan?

Akhir kalam,saya tinggalkan pesanan dari Ibnu Jahiz ini;

”Buku itu diam bila engkau mengkehendaki ia diam.Ia tidak akan mengganggu ketika engkau bekerja,tetapi bila engkau berasa kesepian,ia akan menjadi temanmu yang baik.Engkau tidak perlu marah terhadapnya dan juga tidak akan berkecil hati.Ia adalah teman yang tidak menipu atau bermuka dua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 01:16 PM | Show all posts
Membaca juga, tetapi lebih kepada di alam maya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2019 05:04 PM | Show all posts
ramai org baca whtaps dan komen2 dlm fb je skrg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 03:08 PM | Show all posts
Sy style old school. lagi suka pegang physical dari yg online. Bau kertas dari buku yg dibaca tu perasaan dia x dapat nak explain especially buku2 yg dari kertas recylce.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2019 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Membaca itu satu budaya. Maka, perlu dipupuk sejak kecil. Sebelum anak-anak pandai membaca, ibu bapa boleh pupuk minat dengan rajin membacakan anak buku cerita.
Antara cara boleh membudayakan membaca, ibu bapa sendiri kena rajin pegang buku .

Dan boleh sediakan sudut membaca di rumah..untuk anak-anak kecil bawah 7 tahun, kita  boleh letak buku mewarna juga di situ. Jadikan sudut tu fun.. insyaAllah lama-lama mereka sendiri yg akan capai buku dan baca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 04:24 PM | Show all posts
Oleifera replied at 4-8-2019 09:53 PM
Membaca itu satu budaya. Maka, perlu dipupuk sejak kecil. Sebelum anak-anak pandai membaca, ibu bapa ...

terima kasih untuk tips-tips yang diberi

Insya-ALLAH akan cuba diaplikasikan


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.084171 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list