CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4061|Reply: 7

[Pelbagai] Bagaimana hendak membaca sebuah tulisan secara kritis?

[Copy link]
Post time 8-7-2019 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Artikel asal oleh : Ahmad Muziru Idham (Facebook)

Paling utama (dan paling sukar) adalah perlu mahir mengenal pasti hujah utama artikel dan membezakan antara fakta, huraian, dan tafsiran.

Pertama, hujah utama paling penting supaya dapat mengetahui apa sebenarnya yang pengarang hendak sampaikan. Kesalahfahaman dan penyimpangan hujah sering berlaku apabila pembaca gagal memahami hujah utama sesebuah tulisan dan pergi fokus pada hal-hal sampingan dan kurang penting.

Kedua, perlu pandai bezakan antara fakta & huraian. Ini memang perkara susah, tapi perlu latih diri untuk mahir bezakan. Salah bezakan antara fakta & huraian menyebabkan pembaca gagal untuk faham isi tulisan dengan baik dan keliru antara hubungan hujah utama dan isi tulisan.

Ketiga - dan paling penting (!) - perlu mahir mencerap tafsiran penulis terhadap fakta-fakta yang digaulinya. Setiap fakta tidak akan berdiri sendiri, melainkan penulis meletakkan tafsirannya ke atas fakta tersebut untuk menyokong hujah penulisannya.

Kebanyakan pembaca mudah termakan propaganda sesebuah tulisan kerana termakan dengan tafsiran penulis dalam tulisannya yang menjadi halangan terbesar terhadap pembacaan kritis.

Penulis propaganda memang pakar dalam menggauli fakta yang dimanipulasikan dan tafsiran yang ideologik menjadi retorik untuk tarik kepercayaan pembaca agar terima isi penulisannya tanpa banyak soal. Retorik yang kuat menjadikan penulisan kelihatan meyakinkan walau hujahnya rapuh.

Selepas kesemua itu diperhatikan, maka tugas seterusnya adalah mempersoalkan setiap hujah dan tafsiran penulis terhadap fakta dan huraian yang dikemukakan. Di situlah titik utama untuk menganalisis sama ada penulis jujur atau tidak dengan kandungan penulisannya.

Hujah dan tafsiran penulis yang jujur dengan penulisannya tidak akan mengambil fakta secara selektif dan akan merujuk sumber-sumber yang betul dan berhati-hati. Penulis akan sentiasa membuat silang rujuk (cross-reference) bagi menguji kesahihan fakta.

Maksud fakta selektif untuk penulisan yang tak jujur adalah penulis hanya mengambil fakta yang menyokong argumennya sahaja dengan meninggalkan konteks fakta tersebut atau mendiamkan sebahagian fakta lain sebab nak pastikan kebenaran fakta tersebut tidak meruntuhkan hujahnya.

Lebih jahat lagi, penulis yang tidak jujur akan memanipulasikan fakta dengan menggaulkannya dengan fakta-fakta lain yang kelihatan bersepadu sedangkan hakikatnya adalah bercanggah dan falasi.

(Untuk menapis hidangan fakta yang falasi sebegini memerlukan metod analitikal yang lain pula. Perlukan topik khusus untuk itu).

Tentang fakta, ianya adalah suatu merit jika kita turut mengetahui fakta-fakta yang dikemukakan untuk mengetahui sama ada ianya fakta yang dimanipulasikan ataupun tidak.

Tetapi tidak menjadi masalah pun jika kita tidak tahu. Sebab fokus utama kita adalah pada hujah dan tafsiran penulis. Fakta cumalah bahan sokongan untuk mengukuhkan hujah (atau menipu pembaca yang jahil). Ia penting, tapi hujah utama penulis adalah lagi penting untuk diteliti.

Usah tertipu dengan lambakan fakta dan merasakan penulisnya sudah cukup bijak dan pakar dalam bidangnya. Hakikatnya, fakta-fakta itu mudah saja didapati di Google atau daripada mana-mana buku atau dokumen. Sama ada rajin atau tidak saja nak cari.

Kita mungkin jahil dengan fakta-fakta sebab ia di luar pengetahuan dan pembacaan kita. Tapi kita tak perlu jadi dungu untuk memikir dan mempersoalkan semula setiap hujah dan tafsiran penulis dengan kritis. Usah mudah diperbodohkan hanya sebab ianya bukan bidang pengkhususan kita.

Selepas mempersoal dan mengkritisi penulisan tersebut, barulah kita buat kesimpulan sama ada tulisan tersebut wajar diterima atau ditolak. Penerimaan dan penolakan kita adalah dengan hujah, bukan dengan sangkaan atau sentimen dogmatis.

Itu serba ringkas perkongsian aku untuk asas bagi pembacaan kritis ni. Paling tidak, kaedah ni sesiapa pun boleh buat tanpa perlu jadi seorang pembaca tegar atau berpendidikan tinggi. Cukup dengan membaca dengan berhati-hati dan persoalkan setiap hujah yang dikemukakan.

Sebab biasa yang menjadi penulis tak jujur ni pun adalah daripada mereka yang berpendidikan tinggi lah. Mereka gunakan ilmu mereka demi kepentingan peribadi dan memperbodohkan masyarakat.

Maka, jangan biarkan kita mudah diperbodohkan oleh orang-orang sebegini dan termakan dengan propaganda mereka. Sentiasa sabar daripada terus membuat kesimpulan dan bersikap kritis terhadap semua perkara sebagai proses justifikasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 01:15 PM | Show all posts
Scanning, rather than skimming....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 09:26 AM | Show all posts
@AlterEgo

@KILL_NANCY @hibernation @mdhelmi @kuihbakar @AlterEgo @fahdramli @sitisenyum@Foxey @chesfa @matkpop@chempaka.ayu @noor2 @idakamaruddin @ipes2  @MeghanK   @Ipo @fahdramli   @intan_smsb @himun_hino @leylapple @friedfishsoup @wima @dauswq @ismaha @tari  @sapeka @cikkittydiva @shinichi @nurhumayra @sfhzuraz @babydoll @NamaKuMawar @Ipo @Elle_mujigae dan terbuka untuk sesiapa sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi sekarang ni ramai orang suka baca tajuk ja, tak tengok dan faham isi apa. Kemudian komen nya melampau2,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 01:09 AM | Show all posts
iolss rasa sebenarnya komsas adalah subject yg paling relevant digunakan untuk mengajar budak2 tentang befikir secara kritis. mengupas tentang hasil literature mmg menarik kalau kena dgn gayanya dan memang sgt eye opener based on my experience dulu. tapi masalahnya kat sekolah belajar komsas semua jawapan ada guideline dan contoh. siap ada jawapan siap2 untuk past year spm dan jugak dalam buku rujukan. kalau macam nih , macam mana student nak berfikir secara kritis untuk membedah siasat sajak dan prosa ?  this is purely my personal opinion based on my spm year lah, when jawapan untuk soalan komsas semua dah hafal apa persoalan, tema dan intonasi through the same reference book

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2019 06:02 PM | Show all posts
Google tentang buku yang akan dibeli...

Buat graphic organiser tentang isi kandungan buku dibeli yang bersesuaian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2019 06:33 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-7-2019 09:26 AM
@AlterEgo

@KILL_NANCY @hibernation @mdhelmi @kuihbakar @AlterEgo @fahdramli @sitisenyum@Foxey @ch ...

owh thank you

critical reading ni makin lama sy makin suntuk huhu dari segi masa
semoga akan lega balik ameen
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 02:03 AM | Show all posts
xtau lah disebabkan usia ke.. tp now suka baca bab critical thinking.. dan perasan x buku2 critical thinking ni kulit putih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062619 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list