Jika sebelum ini model Alicia Amin sering dikecam kerana penampilan terlampau seksinya, perkongsian terbaru di Instagramnya membuat ramai terkejut.
Bukan apa, berbeza sungguh apabila dia yang selalu tampil mendedahkan tubuh, bertudung litup.
Kredit foto: IG Alicia Amin
Imejnya yang 'botak' juga kelihatan lebih sopan apabila mengenakan tudung. Terserlah kayuannya.
Berikutan itu, ramai yang terkejut dengan gambar Alicia bertudung dan memuji dia kelihatan lebih cantik dengan imej begitu.
Selain itu, ramai juga berharap agar model berkenaan istiqamah menutup aurat.
Kredit foto: IG Alicia Amin
Namun, dapat dilihat menerusi ruangan komen bahawa Alicia kurang senang dengan permintaan ramai yang mahukan dia mengubah penampilannya.
Malah, segelintir warganet turut mendakwa model itu jelas kelihatan tidak ikhlas.
Kredit foto: IG Alicia Amin
Apapun, ramai yang kata Alicia bertudung kelihatan persis Elizabeth Tan dan Raja Farah. Betul ke? - CARI |