Lintah merupakan haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lintah, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki.
Gambar Hiasan
Bolehkah anda bayangkan jika lintah ini berada di tekak anda? Peristiwa ini berlaku pada seorang wanita di Guiyang, China yang kerap batuk berdarah dan berasa tidak selesa di tekaknya.
Kegusaran wanita dikenali sebagai Wang akhirnya terjawab apabila doktor mengesahkan terdapat seekor lintah yang menjadi 'penghuni' mulutnya ketika menjalani pemeriksaan di sebuah hospital tempatan.
Ihsan : Mirror UK
Pemeriksaan doktor mendapati seekor lintah melekat bahagian saluran pernafasannya semasa menjalankan proses bronchoscopy. Imej menunjukkan parasit tersebut dengan ukuran 1.2 inci sedang melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran peti suara.
Doktor membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan lintah berkenaan selain mengelakkan kecederaan lebih serius sekiranya lintah itu dikeluarkan secara paksa.
Foto: DailyMail/AsiaWire
Sementara itu, Daily Mail melaporkan Wang yang bekerja di sebuah ladang berkata, dia mempunyai tabiat minum air mata air yang mungkin menyebabkan dia tertelan telur lintah atau larva yang kemudian menetas dalam saluran penafasannya. - CARI |