Juwairiya menafikan tuduhan yang mengaitkannnya dengan Menteri Besar Selangor. Kredit foto: Facebook
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah kononnya beliau mempunyai hubungan sulit dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Memetik kenyataan media yang dikeluarkan pada 11 Julai, pemimpin muda PKR itu merujuk kepada tuduhan yang disiarkan dalam laman Facebook 'Aku Darah Anak Malaysia - ADAM'.
Kredit foto: Facebook
Juwairiya menegaskan bahawa tuduhan itu adalah fitnah dan beliau tidak berada di lokasi yang disebut pada tarikh berkenaan.
"ihak saya telah membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan fitnah tersebut yang boleh mencemarkan imej dan kredibiliti saya selaku Ahli Dewan Negeri Selangor serta pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
"Saya telah berbincang dengan peguam untuk tindakan undang-undang," katanya.
Amirudin dan Juwairiya menghadiri satu majlis di Kuala Selangor pada 10 Julai 2019. Kredit foto: Facebook
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Amirudin pada 10 Julai telah menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan seorang ADUN wanita di Selangor.
Beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang berikutan tuduhan yang dibuat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.
Memang wajar Juwairiya dan Amirudin mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama masing-masing daripada tuduhan yang belum tentu sahih. - CARI |