Pelakon jelita Maya Karin Roelcke semalam telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Maya yang kini berada di Los Angeles bagi menjalani penggambaran filem Hollywood berjudul Alone berkongsi tentang keadaan cuaca di negara itu yang kini sedang berada dalam musim panas.
"Saya tersilap kerana menyangkakan cuaca sedikit sejuk, panas nak mampus," tulis Maya mengakui kesilapannya kerana tidak menyelidik terlebih dahulu tentang cuaca di Los Angeles sebelum berangkat ke negara yang terkenal sebagai ibu kota hiburan dunia itu.
Kredit foto : Instagram Maya Karin
Namun apa yang menarik perhatian kami ialah apabila ramai yang meninggalkan komen yang sedikit nakal menegur Maya yang dikatakan terlupa untuk menutup zip seluarnya.
Zoom, nampak zip seluar terbuka..
Kredit foto : Instagram Maya Karin
Kredit foto : Instagram Maya Karin
Amboi, gigih ya masing-masing sampai sanggup zoom gambar!
Jika dilihat sekali imbas bahagian zip seluar Maya sememangnya nampak seperti sedikit terbuka, tetapi ianya sebenarnya bukanlah seperti yang disangkakan. Mungkin kerana posisi maya ketika mengambil gambar tersebut menyebabkan ramai yang salah faham.
Kalau zip terbuka pasti Maya terlebih dahulu memadam gambar tersebut dan tidak berkongsi gambar yang boleh memalukannya kepada umum. Betul tak? -CARI |