CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4585|Reply: 11

Mengagumkan! Ini 5 Hotel Bawah Air Bikin Anda Terpukau

  [Copy link]
Post time 18-7-2019 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NmeeraR at 19-7-2019 04:05 PM

Mungkin anda sudah biasa tinggal di hotel atau resort mewah dengan pemandangan indah dari laut kebiruan dan gunung-ganang dan pokok penuh kehijaun. Tetapi,adakah anda pernah tidur secara langsung dengan ikan di lautan?


Jika belum, apa kata anda mencubanya. Ia sesuai untuk anda yang menginginkan percutian dan honeymoon yang mewah serta ingin melalu pengalam percutian yang lebih menarik.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa hotel mewah terletak di bawah lautan yang juga dilengkapi dengan akuarium gergasi supaya kita dapat melihat aktiviti ikan di laut. Berikut , ini 6 hotel bawah air terbaik untuk anda.


Atlantis the Palm, Dubai



Kredit Foto : SEE INSIDE GROUP



Dubai sering dinobat sebagai negara paling mewah di dunia. Jadi, tidak hairanlah sekiranya terdapt hote-hotel mewah yang mengagumkan. Salah satunya adalah Hotel Atlanis The Palm.


Jika anda ingin tidur dengan ikan di laut, anda boleh memilih bilik Underwater Suite. Tetapi sudah tentu harga yang disediakan juga setanding dengan pandangan yang anda dapat.



Utter Inn, Sweden

Kredit Foto : Google


Utter Inn adalah hasil projek  dari Mikael Genberg ini terapung di tengah-tengah Lake Malaren, Sweden. Sebelum ini, hotel adalah sebuah kabin bot  yang terapung dan bukannya penginapan mewah.


Walau bagaimanapun, untuk menarik pelancong, kini tempat ia  menjadi sesuatu yang sangat bergaya. Anda boleh tidur tiga meter di bawah paras laut yang dilengkapi dengan tingkap panorama.



Hilton's Conrad Rangali Island Resort, Maldives

Mengagumkan! 5 Hotel Mewah Bawah Air Buat Anda Terpukau.



Pada akhir 2018, Rangali Island Resort membuka villa bawah air pertama di dunia, iaitu Muraka. Villa yang dapat  memuatkan sembilan orang ini, dipenuhi dengan sentuhan mewah bagi menjadikan masa anda di Maldives lebih istimewa.


Struktur dua peringkat mempunyai tahap lebih rendah tenggelam 16 kaki di bawah paras laut dengan suite utama, bilik mandi, dan ruang tamu. Di atas pula, terdapat sebuah gim, butler, kuarters keselamatan, ruang tamu kedua, dapur, bar, dan lounge yangs sesuai untuk anda berehata seisi keluarga sambil menikmati percutian yang menarik.


Resorts World Sentosa, Singapura

Kredit Foto: Resort World Sentosa


Jika anda mendengar Resort World Sentosa Singapura, anda pasti sudah tahu mengenai akuariumnya  kedua terbesar di dunia. Di dalam bilik, anda boleh membuka tirai dan menikmati pemandangan hidupan marin  lebih daripada 800 spesies.

Poseidon Undersea Resort, Fiji

Kredit Foto: Google

Poseidon Undersea Resort adalah bangunan hotel  permanent pertama yang berada di dasar laut.


Hotel ini mempunyai 22 bilik, restoran, bar bawah air, perpustakaan, , spa, dan suite mewah 1,200 kaki persegi.





Menarik bukan?
Mana satu pilihan anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2019 11:34 AM | Show all posts
yaALLAH cantiknye hotel2 ni..ni style masuk bilik xyah kuar dh..layan scenery dlm bilik je
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 12:00 PM | Show all posts
lawa sangat niii
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 11:04 AM | Show all posts
damai nye tgk
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 12:32 PM | Show all posts
nak tgk yg singapore tu brp
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 09:19 AM | Show all posts
cantik..  yang kat maldives tu neelofa pernah tinggal kan.. beruntung sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2019 05:16 PM | Show all posts
cantik.. seronok tengok org mampu check in hotel begini
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 10:43 PM | Show all posts
berapa lah ye semalam ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 08:40 AM | Show all posts
ya ampunnn cantikkkkkkknyaaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2019 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Weh kena menabung ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 11:34 AM | Show all posts
harga pun cantikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga pun mesti selawo scenary nye kaannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.198702 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list