Kalau ikut niat, semua orang yang ada masalah berat badan ideal mahu kurus. Dah cuba pelbagai cara, tetapi masih tiada perubahan. Kadang-kadang patah semangat dibuatnya dengan pelbagai makanan diet yang tekak orang Malaysia tak lalu nak menelannya.
Tetapi, seorang wanita di Facebook baru-baru ini berkongsi tips dan caranya menurunkan berat badan yang berkesan! Tak perlu korbankan makanan cara Malaysia.
40KG DALAM 8 BULAN, POWER NI!. FOTO: FACEBOOK
Malah, kalau tengok gambar yang dimuat naik macam tak percaya je dia boleh turun 40 kg dalam masa lapan bulan. 40 kg bukan sikit ye, orang yang selalu diet je tahu betapa susahnya nak turunkan berat badan.
TIPS DIET BERKESAN. FOTO: FACEBOOK
Antara tips menarik adalah "lupakan diet dan makanlah dengan seimbang". Betul juga kan, kadang-kadang kita terlalu fikir nak berdiet sampai terlalu memilih makanan. Dah nama orang Malaysia, makanan sedap memang tak dapat dipisahkan.
TIPS YANG TAK BUAT KITA MATI SEBAB DIET. FOTO: FACEBOOK
Selain itu, banyakkan buah-buahan. Selalu kita dengar buah ni buat jus, tetapi makan sahaja mentah-mentah begitu. Khasiatnya tetap sama. Tak perlu belanja besar beli blender dan sebagainya. Dan, jangan berlapar. Pastikan perut sentiasa terisi...bukan melantak ya!
MAKAN SAHAJA, JANGAN BERLAPAR! FOTO: FACEBOOK
Wanita itu juga menggalakkan minum susu sebelum tidur untuk lancarkan sistem perkumuhan.
MINUM SUSU SEBELUM TIDUR. FOTO: FACEBOOK
Tengok menu-menu dietnya...macam tak diet je. Macam menu makan biasa sahaja kan?
MACAM MAKAN BIASA JE...FOTO: FACEBOOK
MAKAN MACAM BIASA. FOTO: FACEBOOK
BANYAKKAN BUAH DAN SAYUR. FOTO: FACEBOOK
YANG PENTING SEIMBANG. FOTO: FACEBOOK
Tetapi, perubahan memang ketara!
SEBELUM DAN SELEPAS. FOTO: FACEBOOK
DAH BOLEH BERGAYA, TAK PERLU PAKAI KETAT PUN NAK TUNJUK KURUS. FOTO: FACEBOOK
Apa lagi jom diet! - CARI |