Nama Yuna memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, daripada pentas indie kecil sehingga ke pentas dunia. Sangat membanggakan!
Baru-baru ini nama Yuna kian dikenali apabila wajahnya terpampang di Times Square, New York, satu perkara yang asing bagi artis Malaysia.
Kredit foto: Twitter
Menerusi pelancaran album antarabangsa terbarunya iaitu 'Rouge', muzik Yuna semakin megah apabila albumnya itu penuh dengan kolaborasi artis luar seperti G-Eazy, Jay Park, Tyler, The Creator dan Miyavi.
Kredit foto: Twitter
Seorang netizen meninggalkan komen tentang penat jerih Yuna daripada seorang yang tidak melepasi uji bakat One In A Million suatu ketika dahulu sehingga mampu berdiri setaraf dengan artis luar negara.
Netizen yang menyaksikan detik yang bersejarah ini rata-ratanya mengucapkan tahniah dengan pencapaian Yuna yang membanggakan itu.
Tak kurang juga netizen yang menghencap Malaysia yang tidak pernah memberi penghargaan yang sepatutnya kepada Yuna padahal negara luar seperti lebih menghargai bakat yang ada padanya.
Yuna punya audience dan market bukan lokal ...... itu sebab yuna sendu di tanah air sendiri.
Lagi pun orang melayu lebih hargai retis2 wanita yg di bawah lingdungan kaabah..... pegang quran, wirit sentiasa ....semayang tak tinggal. Yuna mana ada itu semua????
Post time 18-7-2019 03:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
MatDeghem: Yuna punya audience dan market bukan lokal ...... itu sebab yuna sendu di tanah air sendiri. Lagi pun orang melayu lebih hargai retis2 wanita yg di b ...
Dah Yuna pun lepas pergi US lupa hala tuju sibuk nak jadi rnb/pop rnb padahal zaman zaman dia buat album pop indie dulu yang orang suka sampai Rihanna/Kendall Jenner tweet pasal dia. Takde satu album yang dia produce kat US pun sedap termasuk Rouge ni. Last last Decorate, Terukir di bintang dengan album YUNA yang buat kat Malaysia jugak lagi sedap.
i kadang mcm kurang sikit la perilaku ni. bagi i mcm i nampak riak dalam iman.
sebab bagi i boleh je kot zikir pun kalau xpakai benda tu kalau kau kaki zikir kan.
ntah mcm mana tah. and kalau pakai pun mcm xdan2 sgt ke nak simpan kan.
hahaha bagi i la org lain xtau.
tapi mmg nitizen sekarang suka yang bawah lindungan kaabah gittew.