Pada 16 Julai yang lepas, laman Facebook Roketkini telah mengemaskini cover photo mereka menggunakan gambar Ketua DAPSY Johor, Syeikh 'Umar Bagharib Ali.
Post tersebut mendapat kecaman dan tanda 'ketawa' dari ramai netizen kerana menulis 'Jom Sertai Hizbul-A'mal Ad-Dimuqratiy', iaitu terjemahan kepada 'Democratic Action Party' (DAP) dalam Bahasa Arab.
Sumber Gambar : Roket Kini
Antara komentar yang diberikan oleh netizen terhadap cover photo tersebut ialah:
Wah, rahmah sungguh nama baru DAP. Mengarabisasikan. - Afizhi Atan
Penunggang agama. - Norzafry Norhalim
Dan pelbagai lagi kecaman-kecaman yang lain. Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang memberi sokongan kepada Syeikh 'Umar dengan menulis:
Tahniah YB Exco, teruskan laksanakan amanah yang diberi, Allah SWT jadikan manusia berbangsa-bangsa dengan tujuan untuk berkenal-kenalan, bukan untuk mencerca dan menghina satu sama lain. - Sedan Rashid
Sheikh 'Umar Bagharib Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP merupakan pemimpin Melayu pertama yang mendapat jawatan tertinggi sayap pemuda DAP Negeri Johor.
Sebelum ini, perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut dipersoalkan oleh ramai netizen kerana status beliau sebagai ADUN DAP, dengan alasan, DAP merupakan parti yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama negara bahkan Lim Kit Siang juga pernah menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular. (Sumber: Sinar Harian)
Apa pandangan anda?
Adakah anda merasakan bahawa Ketua DAPSY Johor hanya dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan undi orang Melayu dan Islam, atau sebenarnya ini peluang yang baik untuk Ketua DAPSY Johor menerangkan berkenaan islam kepada ahli DAP yang majoritinya bukan Islam?- CARI |