|
Nabila Huda atau panggilan manjanya, Abil memang mempunyai bakat lakonan yang hebat. Sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, namanya memang tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia.
Ramai juga mengetahui bahawa Nabila merupakan seorang yang sangat peramah dan kelakar. Sering berkongsi kisah kehidupan di laman media sosial membuatkan ramai peminat yang berasa rapat dengan wanita ini.
Kredit foto: Instagram
Terbaru, Nabila telah berkongsi sebuah video di mana dia sedang menyiapkan diri dengan bersolek dan memakai minyak wangi untuk suaminya sebelum masuk tidur.
Yang lawaknya, selepas habis bersihkan solekan yang digunakan seharian, Nabila kembali bersolek dengan menggunakan blusher.
Perkongsian Nabila itu menggeletek hati netizen kerana walaupun dia berkongsi tips, dia melakukannya dengan selamba dan kelakar. Terhibur habis!
Kredit foto: Instagram
Untunglah suami Abil - CARI
|
|