View: 5348|Reply: 22
|
[Penulis]
[Takwil Puisi 021] Garis Pemisah
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 24-7-2019 06:50 AM
Tahniah kepada pemenang [Takwil Puisi 020] TERAPI DIRI
@takayama
*Pemenang dipilih berdasarkan poin penting yang dilampirkan dalam mentakwil dengan sajak ini
Jawapan Takwil Puisi
TERAPI DIRI
Penyajak mencari ilham sesuatu yang menarik di tengah kota untuk menjadi karya nukilan yang memuaskan hatinya. Dia terkeliru dengan fatamorgana kota yang indah namun di sebaliknya. Kehidupan siang bekerja, malam berlibur. Kehidupan ini paati akan berubah dengan peredaran masa.
Puisi Minggu Ini
Garis Pemisah
Engkau dan aku
Pernah berkongsi lantai istimewa yang sama
Seiring waktu berlalu
Menjadi saksi senyum, tangis dan tawaku
Kala terlihat satu figura adam
Mengingatkan ku kepada mu
Dalam tenang sentiasa ada kekuatan
Dalam keliru sentiasa ada garis senyuman
Kamu adalah Amanah – perkataan sering kau ungkap
Memaknai erti sebenar Sempurna
Kadang kau muncul dalam lena
Yang sering ku harap lama
Namun ku sedar dan redha
Ada garis pemisah antara kita
Selalu ku lantun dalam doa
Agar suatu masa kita kan bersua
Tanpa pemisah
Selamanya
karya oleh,
@AlterEgo
@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhhh...puisi baru..
Macehhhhh tag saya..nanti saya cubaa ya..hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Sila...sila...tag kawan-kawan
@admin6
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengisahkan tentang si penulis yang merindu sesorang yang menjadi figura pentjng dalam hidup nya. Sesorang yang sering berada dalam susah dan senang nya. Sentiasa menasihati dan tidak pernah meninggalkan penulis dalam apa keadaan. Si penulis redha dengan ketentuan ilahi . Dan berharap dapat bertemu lagi san tidak akan ada perpisahan lagi selepas pertemuan itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wowo
Tahniah pemenang
Thanks kak seri tag
Nnt dah free sy cuba takwilkan |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mengisahkan seorang wanita yang dulunya bahagia dalam rumahtangga, ada sorang putera. Sekarang dah bercerai berpisah. Bila tengok anak teringat pada orang tersayang yang dulunya sama2 berkongsi hidup. Sekarang mungkin dah bawak haluan masing2. Dalam hati masih ada sayang mungkin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sambung sikit
orang yang dia cinta dah pergi buat selamanya mengadap sang pencipta. Cuma mampu kirimkan doa dan harap bertemu semula di jannah |
|
|
|
|
|
|
|
ayah
bersama hidup susah dirumah kayu
kemudian anak berkahwin dan berpisah dengan ayah sebab jarak jauh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rangkap Pertama
Suatu ketika, si penulis dan si dia pernah berkongsi satu pengalaman istimewa bersama dan
seiring masa yang sentiasa bergerak ke hadapan begitu juga dengan diri penulis yang merasai
segala kegembiraan dan kesedihan yang hanya dapat dipelajari daripada waktu. (Time will tell)
Rangkap Kedua
Kelibat seorang lelaki selalu membuatkan penulis teringat akan kenangan lalu,
menggambarkan si dia seorang yang bertanggungjawab. Jika penulis adalah
amanah kepada si dia, dalam perkataan amanah itulah akan wujudnya kesempurnaan.
(Amanah = tanggungjawab = saling menjaga)
Rangkap Ketiga & Keempat
Kemunculan si dia sangat di tunggu oleh diri penulis, tetapi penulis sedar akan situasi yang
dialami dan dilalui oleh dirinya yang tidak mampu untuk menghapuskan jarak yang menjadi pemisah
antara si dia dan diri penulis. Doa yang dititipkan dengan harapan untuk bertemu semula dan bersatu selamanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih tag. Nanti saya takwil ye @seribulan . |
|
|
|
|
|
|
|
Akak nak cuba juga
Seorang wanita yang telah kehilangan ayah tercinta. Kenangan bersama ayahnya mekar segar bila dia terlihat sesusuk insan seperti arwah ayahnya.
Dia berharap dapat bertemu ayahnya di syurga dimana mereka dapat bersama bahagia selama-lamanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
#siscuba
Kenapa mcm sedih sgt puisi kali ni
Mengisahkan tentang hubungan antara anak dan ayah. Yang terpisah di antara dunia. Walaupun ayah nya dah lama pegi tp tetap sentiasa ada di dalam hati , doa dan pemikiran sang anak.
Tetiba teringat dekat ayah iolss kt kampung iteww |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penulis menceritakan tentang seorang lelaki istimewa dalam hidupnya yang pernah berkongsi hidup dengannya. Penulis selalu terkenangkan lelaki itu yang matang dan tenang dan sangat rapat dengannya.
Penulis sering bermimpikan lelaki itu namun sayangnya lelaki itu telah meninggal dunia. Penulis sering mendoakan kesejahteraan lelaki itu dan berharap agar pertemuan yang seterusnya tiada perpisahan lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penulis menceritakan satu perpisahan yang abadi.. perginya si adam iaitu ayahnya. Beliau terjumpa satu figura yang persis ayahnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks sebab tag saya momod..sebaik saya baca puisi ni saya tetiba menitik air mata sebab saya dah 5 tahun kehilangan abah tercinta..
bagi saya sang penyajak hendak meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya yang telah pergi buat selamanya.
sang penyajak barangkali sering teringat kembali kenangan bersama arwah ayah tercinta sehingga termimpi2 dek kerana kerinduan..saya pun sama slalu termimpi2 abah walaupun dah kahwin dan beranak satu ni..tipulah kita da ada kehidupan sendiri tapi boleh lupakan insan yang bergelar abah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengisahkan tentang hubungan yang baik antara seorang anak dan ayah. Berkongsi suka dan duka bersama.
Penulis berjumpa dengan seorang lelaki yang mengingatkan beliau akan ayahnya. Yang menjaga beliau dengan baik, sama seperti ayahnya yang telah pergi buat selamanya.
Penulis sentiasa merindui arwah ayahnya dan rasa itu dilepaskan dalam mimpi. Penulis berharap suatu hari nanti beliau akan disatukan kembali dengan arwah ayahnya..
*nice la puisi ni.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by -adnil- at 25-7-2019 04:00 PM
Penulis mengimbau kenangan lalu hidup bersama seorang lelaki iaitu ayahnya
Menempuh hari demi hari berganti
Yang turut membawa memori suka dan duka
Apabila terlihat susuk tubuh seorang lelaki
Membuatkan penulis teringat kepada ayahnya
Bagaimanapun penulis perlu tabah menghadapi hari-hari mendatang
Menempuh kehidupan dengan sabar dan tabah
Riak wajah tidak menggambarkan perasaan bingung yang dilewati
Ayah penulis pernah menyatakan bahawa penulis merupakan tanggungjawabnya
Yang melengkapi hidupnya
Sesekali penulis bermimpi ayahnya
Mengharapkan pertemuan yang panjang
Bagaimanapun penulis akur takdir yang mereka tidak dapat berjumpa lagi
Penulis sentiasa menitip doa agar dapat bertemu kembali dengan pertemuan abadi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|