Fasha Sandha kata muka baru ramai, tapi dia tetap laris di pasaran
"Jika mereka minta lapan komitmen kita di media sosial, saya akan buat 14.
Malah bukan 100 peratus sahaja, tapi 200 peratus komitmen yang saya berikan."
Tidak seperti pelakon senior yang lain, Fasha Sandha, 35 menyatakan yang dia tidak gentar dengan persaingan. Malahan tawaran berlakon juga tidak putus putus diterimanya membuatkan Fasha masih kekal relevan dalam industri seni ini. Hal ini membuatkan isteri kepada Aidil ini sentiasa bersyukur, menghargai dan komited dengan apa yang dilakukannya sekarang.
"3 Rahsia ini untuk kekal diingati dalam industri seni. Alhamdulillah, saya berbesar hati apabila masih diterima dan diberikan peluang untuk berada dalam bidang seni meskipun kini bakat baru muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan," katanya kepada Harian Metro.
Bagi Fasha dia menyukai kerjaya lakonan sejak usia muda lagi. Segala-galanya diturunkan sepenuh hati. Jadi, walaupun kadang-kadang rasa penat, ianya bukan masalah.
"Saya tak berkira untuk promosikan sesuatu yang ada kaitan dengan diri. Apa pun, terpulang kepada individu jika menuntut bayaran untuk melakukan promosi kerana itu hak mereka. Jika tanya saya, memang saya suka promosikan drama lakonan saya malah saya turut mempromosikan drama lakonan adik saya."
Padanlah Fasha Sandha selalu menjadi pilihan penerbit drama sebab dirinya begitu mencintai kerjaya lakonan sekaligus komited. Baguslah macam tu. Jadi, tidaklah semuanya pelakon yang muda-muda sahaja menghiasi kaca televisyen. - CARI
|