View: 17861|Reply: 86
|
Haziq Putera Band Nyaris Dipotong Kaki Kanannya, Linda Eva Minta Bantuan Orang R
[Copy link]
|
|
Vokalis Putera Band, Haziq yang terkenal dengan lagu Tersiksa nyaris dipotong kaki kanannya akibat cedera teruk dalam kemalangan pada 5 Julai lalu. Ibunya Linda yang juga vokalis kumpulan dangdut 90an, Eva berkata mereka sekeluarga pada mulanya bersetuju untuk mengikut arahan doktor untuk memotong kaki Haziq pada 19 Julai lalu namun berubah pendirian kerana memikirkan masa depan Haziq yang masih jauh.
Oleh itu, dia berusaha mencuba rawatan alternatif dan berharap ia mampu memulihkan kecederaan teruk akibat salur darah putus.
"Saya tak sedia lihat Haziq jadi OKU dalam usianya yang masih muda, baru 19 tahun," katanya kepada Harian Metro.
Setelah menjalani dua pembedahan kaki kanan di sebuah hospital di Cheras, Haziq dibenarkan pulang ke rumah.
"Namun, selepas lima hari berada di rumah,kesihatannya merosot dan saya merujuk dia ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tetapi doktor memberitahu kaki kanannya perlu dipotong.
Foto : Harian Metro
Bagi Linda, sukar untuk dia membuat keputusan paling berat. Jadi ketika itu demi menyelamatkan nyawa Haziq, dia bersetuju dengan cadangan doktor.
Bagaimanapun setelah berbincang seisi keluarga, mereka bersetuju untuk mencuba rawatan alternatif.
"Setakat ini, saya lihat ada perubahan pada kaki kanan Haziq selepas dia makan ubat saraf yang berharga lebih RM200 untuk lima hari.
"Selain itu, saya juga membeli krim khas untuk merawat sel kulit mati pada jari kaki kanan Haziq termasuk membuat pembersihan luka di bawah lutut yang berlubang dengan kos sekitar RM100," katanya.
Menurutnya, apabila memikirkan soal kewangan, kos ubat itu memang agak mahal tetapi dia melihat ke arah positif untuk berusaha selagi termampu. Dugaan yang dilalui anaknya sangat berat, namun mereka harus kuatkan diri untuk memberi semangat kepadanya lebih positif dan tidak cepat mengalah pada ujian dihadapi.
Katanya, dia juga ada mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan profesional yang mencadangkan Haziq melakukan kaedah rawatan plasenta biri-biri.
"Rawatan plasenta (biri-biri) dikatakan antara kaedah yang baik dan berkesan untuk membaik pulih semula saraf cedera atau rosak dengan cepat.
"Bagaimanapun, kos bagi rawatan ini memerlukan saya mengumpul lebih RM30,000 untuk 10 sesi rawatan yang diboleh dijalankan di rumah," katanya.
Sehubungan itu, Linda berkata dia membuang ego diri dan perasaan malu dengan memohon orang ramai menghulurkan sumbangan bagi mengumpul dana itu.
"Saya berharap semoga usaha ini berjaya. Terima kasih kepada sesiapa yang menyumbang dan saya juga memohon doakan kesihatan Haziq pulih," katanya.
Kemalangan membabitkan Haziq berlaku di Jalan Sungai Besi ketika membonceng motosikal bersama rakannya dalam perjalanan ke Bukit Jalil.
Semoga Haziq cepat sembuh, sayang dengan bakat menyanyinya itu. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya....... moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Moga cepat sembuh awak.. Saya ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedeyhhh ak dgr... fhm prasaan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Before ni pun dia dah pernah accident teruk kan? Tahun lepas ke kalau tak salah? Harap bukan sebab merempit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 25-7-2019 05:50 PM
Moga cepat sembuh awak.. Saya ada..
Haha.. lawak la kurex ni.. setiap bebenang pasal jantan u ada.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
kerapnya kau eksiden dekkk cemana nak husnuzon |
|
|
|
|
|
|
|
Sayu pulak rasa. Luckily heol dpt mak n family yg supportive. Nasib baik x stuju utk buang. N mak dia rajin cari alternative. |
|
|
|
|
|
|
|
Gws. Dulu masa muda macam Haziq, Kim sakit kuku ibu jari kaki bernanah teruk. Doc kata nak buang kuku tu terus, maknanya kuku tak tumbuh dah pastu. Menangis air mata banjir la muda lagi dah nak OKU
Balik rawat dengan minyak gamat luka pun sembuh. Syukur sangat..kalaulah cabut haritu |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu..kesiannye gws ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Iols doakan semoga cepat sembuh dan dapat pembiayaan sewajarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 25-7-2019 06:56 PM
Gws. Dulu masa muda macam Haziq, Kim sakit kuku ibu jari kaki bernanah teruk. Doc kata nak buang kuk ...
Hahahaha.. itu cagu..geli nyah |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 25-7-2019 07:27 PM
Hahahaha.. itu cagu..geli nyah
Ehek..cagu ke
Sori doc, taktau.. XP |
|
|
|
|
|
|
|
amin...semoga dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Moga cepat sembuh awak.. Saya ada..
birakhhh nya ko dekk |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau doc nasihat kna potong, mungkin lebih baik.. Kna pertimbangkan la...
Takut merebak lagi infection pulak.. Elok kna potong hat buku lali.. Takut pulak merebak rosak saraf sampai lutut nnt... Eehh.. Risau je..
Semoga semua isu amik berat. Jangan sbb takut anak jd OKU, kita memudaratkan dia lagi.. Kasihan.
Moga Haziq dan family terus tabah.. Dan cepat sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 25-7-2019 06:56 PM
Gws. Dulu masa muda macam Haziq, Kim sakit kuku ibu jari kaki bernanah teruk. Doc kata nak buang kuk ...
If kuku cabut or tercabut. Akan tumbuh balik..tp.ambik masa la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Smoga cepat sembuh dik haziq. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh yaa haziq |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..
Muda lagi dia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|