Anugerah Bintang Popular Harian Metro kembali lagi untuk kali ke-32 dengan tema 'Melangkaui Sempadan'. Malam kemuncak anugerah tersebut bakal berlangsung pada 22 September depan di mana ianya diadakan untuk mengiktiraf bukan sahaja anak seni di Malaysia malah di seluruh dunia.
Bersesuaian dengan temanya, untuk edisi kali ini ABPBH telah memasukkan dua kategori artis antarabangsa iaitu artis K-Pop popular dan artis Indonesia popular dalam senarai kategori utama.
Menurut Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Encik Shamsul Azree, kategori itu diwujudkan untuk menghargai artis antarabangsa yang mencetuskan fenomena di Malaysia.
Selain trofi utama yang dipertaruhkan iaitu sebanyak 13 anugerah utama dan 5 kategori online, ABPBH juga mempertaruhkan Anugerah Sepanjang Hayat kepada anak seni yang banyak menabur jasa dalam industri hiburan.
Berbalik kepada pencalonan artis luar negara iaitu artis korea popular, antara beberapa nama yang dicalonkan adalah BlackPink, BTS, AOA, Apink, BoA, Exo, G Dragon, G Friend, Gon Yoo dan ramai lagi.
Manakala untuk artis Indonesia pula, nama-nama seperti Cakra Khan, Chelsea Islan,Dian Sastrowardoyo, Luna Maya adalah beberapa artis yang dipertaruhkan dalam carta undian.
Chelsea Islan
Dian Sastrowadoyo
Kalau korang memang minat dengan artis antarabangsa yang disebutkan di atas, bolehlah undi di laman web ABPBH sekarang. Jangan lupa tag artis bila menang, nanti diorang tak tahu pula! - CARI
|