View: 8472|Reply: 52
|
Hentikan Trend Makan Pedas dan Makan Banyak - Keduanya Bahaya!
[Copy link]
|
|
Setiap orang mempunyai selera berbeza. Kalau tiada masakan pedas, setengah orang kurang berselera untuk makan. Manakala sebahagian orang yang lain meleleh hingus, berpeluh dan merah muka apabila makan makanan pedas.
Kini, ramai orang di seluruh dunia berlumba-lumba menyertai cabaran makanan pedas dan adakalanya aktiviti tersebut dirakam serta dimuat naik di laman sosial secara langsung malah mereka boleh menjana pendapatan melaluinya.
Kredit foto: Google
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi hantaran di Facebook beliau menyatakan bahawa, trend cabaran makan makanan pedas dan trend makan banyak dalam masa yang singkat adalah trend menjejaskan kesihatan. Ini kerana cabaran sedemikian selalunya dibuat dalam masa yang singkat itu boleh menyebabkan sistem pencernaan terganggu.
Kredit foto:Google
Makan dengan gelojoh menyebabkan nutrien penting dalam makanan tidak dapat diserap dengan baik manakala makan diselangi minum air akan mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan perut kembung. Ketika ini kita akan cenderung untuk makan dan minum lebih dari kapasiti dan perkara ini jika dilakukan secara berterusan akan menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi di mana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa berasid.
Kredit foto: Google
Kredit foto:Google
Sebenarnya, makanan pedas tidaklah secara langsung melukakan perut. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan memburukkan lagi keadaan individu yang sudah sedia ada memilikinya. Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, buasir berdarah dan cirit-birit.
Keupayaan bertahan makan makanan pedas serta penerimaan tahap kepedasan tidak sama bagi setiap orang. Bagi mereka yang tidak biasa makan pedas sejak kecil, ia mungkin boleh memberi kejutan pada tubuh.
Makanan pedas sebenarnya boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan pengambilan makanan pedas yang tidak keterlaluan secara berkala mampu menurunkan gejala refluks gastroesofageal yang mempunyai simptom seperti pedih ulu hati dan dispepsia (seperti senak perut).
Oleh itu, makan makanan pedas adalah dibolehkan tetapi menu terlampau pedas haruslah dielakkan. Cabaran-cabaran makan banyak juga haruslah dihentikan kerana ianya memudaratkan. Sayangi perut anda. Semoga bermanfaat. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
perut mesti ada tiga ruang.. air, makanan dan udara.. bersederhana lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau makan pedas, aku akan makan dalam kuantiti sikit. Bukan sebab tak tahan pedas, nanti kesian fizo omar nak buat nafas mulut ke mulut |
|
|
|
|
|
|
|
kurexxxxx why fizo omarr
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 31-7-2019 11:14 AM
Kalau makan pedas, aku akan makan dalam kuantiti sikit. Bukan sebab tak tahan pedas, nanti kesian fi ...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni semua trend youtuber je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.... makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang
|
|
|
|
|
|
|
|
saya baru tau.... ilmu baru ni. terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
GERD tu teruk bila kena... |
|
|
|
|
|
|
|
sume nak tiru matt stonie n tanboy kun mkn
mcm ade bela jin |
|
|
|
|
|
|
|
semua nak kena ikut trend |
|
|
|
|
|
|
|
walaupon aku ni gila pedas sebab xleh makan nasi yang takdr cili tapi x terfikir lagi nak rosakkan badan aku dengan challenge2 gini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenis yang suka sahut cabaran sana sini yang suka buat kerja gila macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa pelik vlogger ni makan banyak-banyak macam mana perut nak proses semua..tak rasa senak perut tu ke
|
|
|
|
|
|
|
|
yang makan makanan pedas tu i boleh terima lagi sebab dulu kat astro 707 pon ada rancangan man vs fire kalau x silap. 2 orang host pi menjelajah cari makanan yang pedas.
yang paling i x leh terima sekali mukbang show & boba hunting. Mukbang tu dah la makan polok2. terus rasa mual & putus selera - contohnya bebitora. bobahunting pulak ala2 nak buat acara initiation untuk bakal2 penghidap diabetes. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah ada research mengatakan makanan pedas akan menaikkan kadar metabolism kita so mereka galakkan makan cili or curry |
|
|
|
|
|
|
|
Makan sikit2 sudah la. Ni makan banyak2 memang confirm la sistem pencernaan kau overloaded. |
|
|
|
|
|
|
|
betul..cuma jangan terlampau pedas
|
|
|
|
|
|
|
|
natrahn replied at 31-7-2019 04:23 PM
betul..cuma jangan terlampau pedas
jangan terlampau banyak juga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|