Foto: IG
Kecoh jadinya bila dakwaan mengatakan Syafie Naswip bernafsu songsang, menjadi punca putus tunang antara dia dan Aishah Azman.
Sebelum ini, Syafie ditahan polis selepas membelasah Aishah gara-gara diminta memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya itu.
Apa lagi, aktor itu sampai sekarang terus-terusan diserang netizen yang mahukan penjelasan dan cerita yang sebenar!
Kredit foto: Berita Harian
Walaupun ramai yang mengecam Syafie, ada juga yang tampil membela.
Pelakon, pengarah, penerbit, Namron siap memuat naik video di Instagram, meminta netizen berhenti mengecam Syafie.
Katanya, segala tuduhan tersebut belum dapat lagi dibuktikan kesahihannya.
"Kadang orang lelaki ni, bila berkawan dengan lelaki lain, mereka ada bonding, apabila ada bonding rapat semacam tak semestinya ada hubungan songsang.
"Sakit pula hati tok ayah bila baca komen macam confirm dah pelakon lelaki ni ada hubungan songsang sebab Tok Ayah kenal pelakon lelaki ni.
"Budaknya baik... Tok Ayah harap berhentilah komen benda-benda ni... tak pasti duduk diam," katanya.
Tengok video penuh:
Harap, kebenaran akan terbukti nanti. - CARI
|