Sayu hati! Kanak-kanak lelaki yang dihempap peti ais pada 12 Julai lalu dilaporkan belum mampu berdiri dan bertutur meskipun sudah tiga minggu menerima rawatan.
Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak itu sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
Kredit foto: Harian Metro
“Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama,” kata bapanya Mohd Bukhari Zainal Annuar, 33.
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya lagi.
Terdahulu, Muhammad Fawwaz Adli, 5 sudah menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar wad semalam.
Dia mengalami kecederaan di kepala akibat dihempap bucu peti ais yang tumbang dalam satu kejadian di rumahnya di Nilai. - CARI |