Setelah tersebarnya berita mengatakan bahawa Syafie Naswip telah memukul bekas tunangnya Aishah Azman kerana masuk campur urusannnya yang dikatakan menjalani hubungan songsang, ada beberapa rakan artis yang telah tampil untuk 'back-up' lelaki itu.
Terbaru, Sweet Qismina turut berkongsi satu entri di laman Instagramnya bagi mengucapkan selamat hari jadi kepada Syafie sambil menitipkan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut.
Menurut Sweet, Syafie merupakan seorang yang sangat penyabar dan susah untuk marah orang lain. Dia juga menyatakan bahawa Syafie tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh tanpa alasan yang kukuh.
Syafie turut tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen sebagai penghargaan kepada entri itu.
Kredit foto: Instagram
Netizen yang membaca entri ini rata-ratanya menyuruh Sweet supaya tidak masuk campur urusan orang lain kerana belum tentu dia mengenali perangai Syafie yang sebenarnya walalupun bmereka sering berlakon bersama.
Kredit foto: Instagram
Pun begitu, ada yang turut memuji Sweet kerana menjadi rakan yang baik kepada Syafie apabila dia berada dalam kesusahan.
Macam-macam betul -CARI |