|
Kecoh apabila tersebar video pelakon Reza Hasbi bergaduh dengan seorang pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh, 16 Julai lalu.
Berikutan itu, Reza, semalam tampil memuat naik video permohonan maaf secara terbuka di Instagram dan Facebook.
Kredit foto: FB
Menurut Mohamad Ridzuan Hasbullah, 30, dia dan pihak keselamatan terbabit telah bersetuju untuk berdamai serta menyelesaikan perkara itu secara baik.
Katanya, dia meminta maaf kerana memviralkan video pertengkarannya dengan pengawal keselamatan berkenaan, Encik Ag Mohd Noh Ag Samat.
Selain itu, dia juga meminta maaf di atas kekasaran bahasa digunakan dan memaklumkan Encik Ag juga telah memohon maaf atas kekasaran sikap dan bahasa ketika kejadian.
Video tular sebelum ini menunjukkan pertengkaran antara Reza dan seorang pengawal keselamatan di kawasan letak kereta di sebuah hospital.
Difahamkan, berlaku salah faham ketika pelakon itu menurunkan isterinya di ruang kecemasan hospital terbabit hingga tercetus pertengkaran mulut sebelum mereka bertumbuk.
Ketika itu, keadaan Reza tidak keruan kerana isterinya mengalami pendarahan teruk dan keguguran anak ketiga ketika usia kandungan mencecah 10 minggu.
Sementara itu, ruangan komen pula dipenuhi pujian warganet yang kagum dengan keberanian Reza mengenepikan ego membuat permohonan maaf secara terbuka. - CARI
|
|