Bila sebut sahaja kek tiramisu, dah terbayang-bayang lapisan kek - lapisan kek span, lapisan cappucino dan lapisan keju. Makan pula ketika sejuk sebaik dikeluarkan dari peti ais. Nikmatnya!
Tiramisu ini sebenarnya kategori puding dan trifle berasal dari Itali, sementara resepi asal menggunakan biskut panjang yang dicelup dalam campuran kopi dan kahlua.
Kemudian, ditaburi serbuk koko di atas permukaannya. Sesuai dengan selera orang Malaysia, ia diolah menjadi kek. Resepi kek tiramisu dah biasa dikongsikan. Kali ini, penulis ingin berkongsi resepi puding tiramisu rujukan daripada Puan Norliza Bahari.
Bahan-bahannya:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu sejat @ cair
- 5 tin air (guna bekas tin susu untuk sukat air)
- 11 sudu makan tepung kastad
- Biskut Marie (perisa kopi untuk lebih umpph)
- Serbuk Milo secukupnya
Cara-caranya:
1. Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastad ke dalam periuk.
2. Kacau bagi sebati, kemudian baru buka api sederhana.
3. Kacau sampai pekat dan berkilat, tutup api.
Langkah 4-6, rujuk video
4. Masukkan ke dalam loyang/bekas kecil secara berlapis.
5. Tuang adunan kastad, biskut dan tabur milo.
6. Ulang langkah 5 dan diakhiri dengan adunan kastad.
7. Selepas itu, kisar kasar sedikit biskut dengan milo, kemudian tabur sebagai topping. Siap!
8. Masukkan dalam peti ais, dah sejuk boleh ngap!
Kredit foto: Norliza Bahari
Selamat mencuba! - CARI
Sumber: Norliza Bahari & Resepi Meletop |