Seorang banduan yang menyamar sebagai anak perempuannya bagi meloloskan diri dari penjara dilaporkan ditemui mati dalam selnya di Rio de Janeiro.
Pengedar dadah dari Brazil itu, Clauvino da Silva dikatakan ditemui tidak lagi bernyawa tiga hari selepas dia gagal dalam cubaannya melarikan diri pada Sabtu lepas.
Kredit foto: carian internet
Pihak berkuasa berkata lelaki tersebut ditemui membunuh dirinya sendiri dengan cara menggantung diri.
Difahamkan, Sabtu lalu Silva cuba meloloskan diri dengan memakai topeng silikon, coli hitam, rambut palsu dan tshirt ketat berwarna merah jambu.
Dia cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menyamar sebagai anaknya yang berusia 19 tahun yang pernah datang melawat sebelum ini.
Namun, temberangnya pecah apabila pihak berkuasa penjara berasa curiga dan mengarahkannya menanggalkan kesemua pakaiannya sambil merakamkannya.
Difahamkan juga anak perempuan Silva kini disiasat bersama 8 orang lagi individu lain yang disyaki ada kaitan dengan kes cuba meloloskan diri ini.
BBC turut melaporkan Silva pernah meloloskan diri dari penjara sebelum ini pada 2013 sebelum ditangkap semula selepas itu. - CARI |