Penembak hendap melepaskan tembakan ke arah pejabat Ketua UMNO Bahagian Pekan pada jarak 200 meter (gambar hiasan)
Kredit foto: Business Insider
Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, nyawa beliau pernah diancam dengan serangan penembak hendap semasa masih bergelar Perdana Menteri dahulu.
Kejadian itu berlaku di pejabat Ketua UMNO Bahagian Pekan, Pahang kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.
Beliau menceritakan semula insiden tersebut pada program bual bicara 'Hard Truth: Cash is King' anjuran Biro Penerangan UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur pada 7 Ogos.
Najib dalam program bual bicara 'Hard Truth: Cash is King'
Kredit foto: Facebook
Memetik rakaman video yang dikongsi Najib dalam laman Facebook miliknya, ketika kejadian, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan tiada di pejabat.
Penembak hendap yang menggunakan rifal berkuasa tinggi itu dipercayai melepaskan tembakan dari jarak 200 meter.
"Dia nak hantar mesej, dia nak tembak peluru dan peluru itu ditembak pada sudut cermin, jadi cermin itu tidak pecah.
"Kalau dia tembak tengah-tengah cermin, cermin itu akan hancur, dia tembak kat tepi," jelasnya yang julung-julung kali membuat pendedahan itu.
Berikutan kejadian itu, kata Najib, polis terpaksa memperketatkan lagi kawalan keselamatan sebab wujud ancaman terhadap nyawa beliau.
"olis tak dapat kesan siapa yang buat tu," katanya.
Najib lebih mudah didekati rakyat selepas tidak lagi bergelar Perdana Menteri
Kredit foto: Facebook
Patutlah semasa menjadi Perdana Menteri, Najib sukar didekati kerana anggota polis yang ditugaskan mengiringinya perlu memastikan tiada ancaman keselamatan terhadap beliau.
Situasi itu jelas berbeza dengan sekarang di mana Najib yang kini popular dengan gelaran 'Bossku' dilihat lebih mesra rakyat dan mudah didekati. - CARI |