Dakwaan berbaur fitnah seorang pengguna Twitter mengenai kematian Nora Anne baru-baru ini mengundang kemarahan ramai terutamanya Orang Asli.
Berikutan itu, seorang individu mewakili komuniti Orang Asli membuat laporan polis mengenai kenyataan berkenaan dan dimuat naik menerusi Twitter.
Kredit foto: mStar/Twitter
Pemilik akaun menggunakan nama Zikri Armstrong itu bagaimanapun sudah memadam akaunnya dan dipercayai membuat permohonan maaf secara terbuka yang dimuat naik pengguna lain yang mengaku abang kepada suspek.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Zikri Armstrong sebelum ini membuat kenyataan yang menuduh Nora Anne dirogol Orang Asli.
Kredit foto: Twitter
Menurut laporan Kosmo!, katanya Zikri sudah ditahan pihak polis.
"Dia telah ditangkap pukul 7 malam tadi di IPD Seremban ketika hadir untuk memberi keterangan. Kes diserah kepada Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.
Tak pasal-pasal je. - CARI
BACA JUGA: Padah Tuduh Nora Anne Dirogol Orang Asli |