Seakan rasa bersalah, seorang penjenayah yang memecah masuk tiga premis di Kompleks Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Alor Gajah meninggalkan nota mohon maaf.
Bagaimanapun, nota berbunyi "Maafi ya bersepah Rohinga" dipercayai ditampal pada dinding bertujuan untuk mengelirukan polis, petik laporan Harian Metro.
“Penjenayah dipercayai memecah masuk pada waktu malam atau awal pagi tadi dengan mengumpil tingkap dan mengopak besi jeriji sebelum melarikan seunit komputer riba, seunit telefon bimbit, lampin pakai buang dan duit syiling.
Kredit foto: Harian Metro
“Yang peliknya beg plastik berisi bahan makanan seperti beras, gula, susu dan seumpamanya dikoyakkan tetapi yang dicuri hanya gula, kata Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Zairi Suboh.
Dipercayai nota itu bertujuan mengelirukan pihak polis kononnya jenayah dilakukan oleh pelarian Rohingya.
Selain pejabat, turut dipecah masuk Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Mawaddah dan TADIKA Permata Negara yang bersebelahan pejabat berkenaan. - CARI |