Bagi pelajar lelaki, mesti ramai yang melalui pengalaman trauma dengan guru disiplin terutamanya membabitkan rambut panjang.
Mereka yang pernah melakukan kesalahan ini pasti terkenangkan denda dirotan ataupun digunting rambutnya di khalayak ramai. Pengalaman yang sangat memalukan dan dikenang sampai bila-bila.
Kredit foto: Carian Google
Mungkin itulah yang menyebabkan seorang pelajar Tingkatan 1, Darrell James, 13, telah memulakan sebuah petition online yang ditujukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta supaya membenarkan pelajar lelaki mempunyai rambut panjang.
Kredit foto: Change.org
Dalam petitionnya, Darrell mengatakan takrifan rambut panjang sekarang tidak munasabah kerana jika melebihi paras telinga, menutupi separuh dahi, rambut pelipis melebihi paras separuh hidung ataupun lebih 15 sentimeter, maka ianya dikira melanggar peraturan sekolah.
Kredit foto: Carian Google
'Peraturan dan takrifan ini sudah tidak releven dalam abad ke-21 kerana alasan yang diberikan ialah jangkitan kutu sedangkan pelajar wanita diberikan kebenaran.
"Lagipun, sudah banyak produk syampu anti-kutu di pasaran,' katanya.
Darrell menggesa pihak sekolah membenarkan keluarga menentukan gaya rambut anak lelaki kerana mungkin ada keluarga miskin yang tidak ada kemampuan menampung kos menggunting rambut setiap bulan.
Kredit foto: Carian Google
'Pihak berkenaan sebaliknya menumpukan perhatian kepada hal yang lebih penting seperti persekitaran pembelajaran yang baik' tulis Darrell dalam petitionnya yang sudah mendapat lebih 400 tandatangan dan boleh dicapai di sini.
Apa kata mereka yang pernah dikenakan tindakan disiplin kerana berambut panjang? Apa pula pendapat anda sebagai ibu bapa? - CARI |