Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun bermula pada 2015 kini ditukar kepada nama baharu iaitu Malaysia Sports Challenge (MySC) mulai tahun ini seperti diumumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steve Sim.
Difahamkan, MySC akan berlangsung selama sebulan mulai Oktober depan.
Beliau berkata, penggunaan nama dalam bahasa Inggeris itu mampu meningkatkan lagi prestij program berkenaan, bukan sahaja dalam kalangan penggiat sukan tempatan, malah turut melibatkan sektor sukan antarabangsa, lapor MalaysiaKini.
Kredit foto: Berita Harian
Katanya, ia bertujuan memperluaskan capaian program itu yang merupakan inisiatif terbaharu KBS dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menyindir kementerian dengan menyatakan bahawa ia memperlekehkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Malah, tindakan KBS menukar nama itu dianggap tidak wajar oleh netizen kerana seolah-olah merendahkan bahasa kebangsaan.
Kredit foto: Twitter Berita Harian
Sebaiknya, program rasmi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kita sepatutnya menghapuskan mentaliti mengguna nama dalam bahasa Inggeris untuk dilihat berprestij dan 'komersial'.
Siapa lagi nak memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan kita sendiri? - CARI |