Jarang sangatlah artis Malaysia membicarakan tentang isu datang haid atau kesihatan alat sulit wanita.
Berbeza dengan Natasha Hudson, dia memilih untuk menyeru para wanita supaya mencuba menstrual cup berbanding tuala wanita biasa.
Foto: IG
Katanya, menstrual cup ini adalah alternatif lain bagi wanita untuk menampung darah haid.
Bagaimanapun, pelakon ini mengakui masih ramai wanita yang keliru dan takut untuk menggunakannya.
"Kenapa nak bazirkan duit guna pad konvensional kalau anda ada pilihan lain?" soalnya.
Foto: IG thehivebulkfoods
Tambah Natasha, mungkin wanita akan berasa tidak selesa pada pertama kali menggunakannya, tapi akan menjadi biasa lama-kelamaan.
Dia juga ada menerangkan cara-cara untuk menggunakannya.
Macam mana, ada yang berani nak sahut cabaran pakai cawan haid? - CARI |