Suatu ketika dahulu, irama nasyid tiba-tiba menjadi Hit. Siapa boleh lupakan beberapa nama seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani yang berdakwah menggunakan lagu mereka tanpa perlu ada gelaran "U" atau "Da'i".
Siapa boleh lupakan Raihan
Foto: Google
Hijjaz masih lagi giat berkarya walaupun tidak sekencang dahulu, malah lagu ciptaan mereka tular sehingga ke negara Arab dan dibuang daripada YouTube kerana dikatakan dibenci Yahudi.
Dilaporkan Harian Metro, lagu bertajuk Pejuang Al-Qassam itu dinyanyikan dalam Bahasa Arab dan Melayu dan sudah dimuat naik ke YouTube pada 2014 dan mencatat jutaan tontonan sehingga tular di negara Arab, tetapi akhirnya dipadamkan daripada platform itu.
"Kami kecewa dengan apa yang mereka (YouTube) lakukan tetapi ia tidak akan mematahkan semangat kami. Kami akan terus menghasilkan lagu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin," kata ketua kumpulan Munif Ahmad.
Tak sepopular dahulu, tapi masih berjuang
Foto: Instagram
Menurutnya lagi, perjuangan Hijjaz menerusi lagu itu mendapat pujian dunia kerana menyokong Palestin, tetapi mendapat kecaman Yahudi.
Kumpulan Yahudi yang tidak senang dengan lagu itu kemudiannya melaporkannya kepada YouTube sehingga ia dipadamkan daripada platform itu.
"Kami sudah menjangkakan perkara ini sejak awal dan berlapang dada. Ini bukan titik pengakhiran kerana Hijjaz berusaha menghasilkan lagu seterusnya untuk membela warga Palestin," katanya.
Tiada gelaran PU atau Daei, cukuplah sekadar lagu untuk berdakwah
Foto: Instagram
Lagu perjuangan itu bagaimanapun masih boleh didengar dan ditonton di Facebook setakat ini.
Hebat juga kan, siap dibenci Yahudi lagi. Ini baru perjuangan, bukan kecoh dengan kisah cerai kahwin sahaja.
Apa lagu nasyid kegemaran anda? Mari kongsikan. - CARI |