Teka-teki status hubungan penyanyi rap, Nicki Minaj, 36 dan teman lelakinya Kenneth Petty, 40, hampir terjawab apabila penyanyi itu menukar nama akaun Twitternya dari @nickiminaj kepada @mrspetty. Sebelumnya, pasangan itu dilihat mengambil lesen perkahwinan di Mahkamah Beverly Hills pada 29 Julai lalu, lapor E! News.
Kredit foto: Instagram
Berikutan penukaran nama akaun itu, ramai peminat kini membuat spekulasi bahawa pasangan kontroversi itu sudah berkahwin dalam diam. Bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Nicki.
Berita itu bagaimanapun tidak menggembirakan ramai peminat Nicki yang merasakan Kenneth Petty bukanlah lelaki yang sesuai buatnya. Ini kerana Kenneth diketahui mempunyai pelbagai rekod jenayah.
Kredit foto: Carian Google
Semasa berumur 15 tahun, Kenneth pernah dipenjarakan selama 4 tahun kerana jenayah seksual. Beliau dikatakan mengugut seorang gadis berumur 16 tahun dengan senjata tajam sebelum merogolnya.
Kredit foto: Carian Google
Tidak cukup dengan itu Kenneth juga pernah dihukum penjara 10 tahun kerana didapati bersalah menembak mati seorang lelaki bernama Lamont Robinson pada tahun 2002. Selain dua kes jenayah ini, semakan dalam rekod juga menunjukkan Kenneth pernah ditahan polis sebanyak 11 kali.
Kredit foto: Spillednews
Enggan percaya dengan semua dakwaan ini, Nicki mempertahankan teman lelakinya dan berkata kebanyakan daripada tuduhan itu adalah palsu dan Kenneth tidak merogol wanita tersebut kerana mereka adalah pasangan kekasih ketika itu.
Nampaknya Nicki Minaj sudah nekad untuk mengahwini Kenneth yang pernah menjadi kekasihnya ketika zaman remaja dahulu sebelum bertemu semula awal tahun lepas. Asal berlaki ke Nikki? - CARI |