Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
Menterinya, Dr Mazlee Malik menjelaskan, program sarapan percuma diperkenalkan bagi memastikan pelajar kekal sihat dan cergas.
Beliau turut memuat naik entri mengenainya di Twitter peribadinya.
Rata-rata warganet menyambut baik usaha kerajaan mengenai perkara ini.
Namun, agak mengejutkan apabila sebahagian netizen membantah cadangan ini. Mereka berpendapat, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan sarapan untuk anak-anak, bukan pihak kerajaan.
Sepatutnya, kerajaan menumpukan perhatian kepada mutu sistem pendidikan sedia ada.
Apapun, ada juga warganet berpendapat bahawa pemberian sarapan pelajar percuma ini adalah satu usaha yang bagus kerana ada juga pelajar kurang berkemampuan memerlukannya.
Sepatutnya, warganet menghargai usaha kerajaan ini, bukan mencari peluang untuk mencemuh kerajaan.
Sesuatu pembaharuan memang sukar diterima pada mulanya. Namun, usaha kerajaan menyediakan makanan percuma pada semua pelajar sekolah pasti akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah selepas ini. - CARI
|