CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114830|Reply: 0

SIAPA GALEN CENTRE?

[Copy link]
Post time 30-8-2019 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by orangmelayukita at 30-8-2019 09:35 AM

Sejak belakangan ini, wujud pelbagai NGO baru yang kelihatan seperti memperjuangkan rakyat dalam pendirian mereka terutamanya dalam isu politik dan sosial. Trend NGO ini mungkin agak asing di Malaysia, namun di negara-negara barat seperti USA, NGO merupakan badan utama yang menggerakkan masyarakat. Di Malaysia, NGO lebih kepada satu mekanisme dan usaha-usaha politik bagi pihak berkepentingan misalnya BERSIH, Sister in Islam and Lawyers for Liberty.

Terkini, timbul pula satu lagi NGO baru yang kami kira agak akitif bersuara terutamanya dalam sektor kesihatan di Malaysia. NGO yang dinamakan Pusat Polisi Kesihatan dan Sosial Galen atau Galen Centre ini baru sahaja ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu. Kami mengagumi suara lantang Galen Centre melawan isu-isu berkepentingan kepada masyarakat, namun ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan pihak kami. Adakah Galen benar-benar memperjuangkan demi kesihatan yang adil untuk rakyat, ataupun Galen sama seperti Bersih, SIS dan lain-lain yang menggunakan nama rakyat untuk kepentingan peribadi dan pihak tertentu?

Sektor kesihatan di Malaysia adalah antara yang paling menjadi fokus kerajaan sejak bertahun lalu. Bajet tahunan kerajaan persekutuan juga adalah paling tinggi dalam bidang kesihatan. Oleh itu, segala usaha untuk memperjuangkan isu kesihatan adalah murni dan baik. Namun soalnya, siapa Galen dan benarkah perjuangan mereka adalah untuk rakyat? Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi penerangan mengenai institusi ini agar boleh menjadi panduan dan pertimbangan masyarakat umum khususnya dalam bidang perubatan. Berikut beberapa penemuan yang didapati:

1. Galen dianggotai oleh pasukan pemikir terdiri daripada Ketua Eksekutif, Azrul Mohd Khalib, Mitch Yusof (Felo Kanan), Dr Madeline Berma (Felo Kanan), Dato Dr Amar Singh (Felo Kanan), Dr Zada Luvena Zainal Abidin (Felo Kanan), Dorian Wilde (Pegawai Program) dan Oscar Chiang (Pelatih).

2. Hasil galian kami terutama berkaitan artikel berita mendapati pendirian sesetengah anggota pemikir sebagai terlebih liberal. Ya dalam isu-isu tertentu seperti isu MySalam dan penguatkuasaan zon larangan merokok, ada logik di sebalik pandangan dan bangkangan yang dinyatakan. Namun, ada juga pandangan yang menunjukkan kecenderungan mereka menolak dasar-dasar kerajaan yang pro-Bumiputra atau menggelar perbelanjaan tertentu kerajaan sebagai pembaziran.

3. Contohnya, pada tahun 2017 semasa Azrul masih memegang jawatan sebagai Pengurus Perhubungan Luar IDEAS, beliau mengulangi pendirian Tun Dr Mahathir pada tahun sebelumnya (2016) bahawa perkhidmatan awam terlalu gemuk dan perlu dikurangkan sebaiknya. Jika ia dikekalkan, ia dilihat akan membebankan kerajaan untuk jangka masa panjang. Azrul juga turut menolak dasar pengambilan kakitangan awam yang bersifat pro-Bumiputra dan seharusnya mengambil kira kakitangan dan pekerja yang berkemahiran tanpa mengira kaum dan agama. Walaupun pandangan ini hanyalah pandangan peribadinya, itu sudah menjelaskan betapa terdesaknya Azrul melihat semua bentuk dominasi/monopoli dihentikan walaupun tidak sedar pandangannya itu bukan saja salah dan faedah yang dibawa sesetengah monopoli pada sesebuah sektor.

4. Bagi yang tertanya mengapa saya gelar sesetengah anggota pemikir Galen terlalu liberal, ada sebab saya menyatakan sedemikian. Beberapa ahli didapati merupakan aktivis komuniti LGBTQ terdiri daripada Azrul, Mitch dan Dorian. Dan melihat kepada beberapa artikel akhbar dan blog, memperlihatkan kebencian Azrul terhadap institusi agama dan Bumiputra yang disifatkan bukan saja ke belakang malah dianggap menyalahi hak asasi manusia. Berikut beberapa pautan artikel yang saya nyatakan sebagai bukti:

- Vindictive persecution and religious tyranny. Malay Mail. (2015). https://www.malaymail.com/news/o ... ious-tyranny/860185

- Reduce the power of religious department. Malaysiakini. (2018). https://www.malaysiakini.com/letters/418052

- Bebas: Sebat di tempat awam salah, tidak adil. Free Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.co ... m-salah-tidak-adil/

5. Kita sedia maklum bagaimana kewujudan NGO liberal ini dan bagaimana perjuangan mereka selama ini yang bertindak seolah olah mengancam Islam dan khususnya Bumiputera. Tuntutan sama rata mereka dalam polisi kerajaan kebanyakannya terlalu bebas dan tidak berlandaskan agama. Kami rasa tidak perlu untuk kami mengeja NGO mana satu yang dimaksudkan. Kami akan terus membongkar isu ini satu per satu. Kalau anda ada maklumat tambahan, boleh bantu kami untuk sama-sama bongkar isu ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054298 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list