Bubble tea kini sedang viral di seluruh dunia tetapi lain pula bagi orang Jepun, mereka telah timbulkan sesuatu yang menarik perhatian orang ramai baru-baru ini. Sekarang bermacam challenge yang kita nampak di dunia internet dan media sosial termasuk minuman bubble tea.
Kredit foto: World of buzz
Tapi sekarang muncul pula challenge baru iaitu selfie dengan meletakkan boba pearls ke dalam lubang hidung. Tak pernah dilihat sebelum ni kan?
Menurut Now News, challenge ini muncul dan dikenali sebagai challenge "Boba Nostrils" tapi masih belum dikenal pasti siapa yang memulakan challenge pelik ini. Macam yang kita tahu setiap jam pasti ada beribu2 netizen yang berkongsi ke laman sosial mereka.
Kredit foto: World of buzz
Kredit foto: World of buzz
Perempuan mahupun lelaki memasukkan dua biji boba pearl ke dalam lubang hidung mereka dan berkongsi setiap gambar selfie. Challenge atau cabaran tersebut memerlukan mereka menahan nafas supaya biji boba itu tak terjatuh dari lubang hidung.
Ramai netizen terkejut dan rasa loya dengan challenge baru ini kerana menampakkan boba itu seperti tahi hidung yang besar. Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan ia nampak kotor dan tertanya-tanya adakah mereka akan makan semula boba selepas itu. Euww pastinya sangat tidak bersih dan jijik!
Ada juga segelintir yang komen mereka telah membazir boba pearl itu dan pakar perubatan ada tampil memberi amaran yang berbahaya kerana jika salah langkah boba mungkin akan tersekat dalam lubang hidung dan menyebabkan sesak nafas. Nahas jangan dicari!!
Kepada yang dibluar sana lebih baik janganlah meniru aksi ini kerana boleh membawa kepada kesan yang buruk. Minumlah bubble tea kegemaran anda itu dengan cara yang normal dan berhemah. - CARI |