Kisah perceraian Rihana Oksana dan Sultan Muhammad V dengarnya tidak habis lagi. Selepas memuat naik status panjang di Instagram seolah-olah seperti "ugutan" hendak membongkar semua kisah kelambu rumah tangganya, model Rusia itu berperang mulut dengan pengguna Instagram yang mencabarnya untuk menyingkap segala rahsia.
Mula-mula kesian, lama-lama...
Foto: Instagram
Malah, Rihana juga meminta alamat Istana Kelantan untuk berjumpa dengan Bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis,
Apa lagi, permintaanya itu dibalas dengan kejian memandangkan alamat Istana itu boleh 'digoogle' sahaja.
Dah kenapa minta alamat istana?
Foto: Instagram
Walaupun dia berjaya mendapatkan alamat Istana, persoalan seterusnya mahukan Tengku Anis berjumpanya?
Ramai juga warganet lain yang sudah bosan dengan kisah itu, seolah-olah Rihana sudah "gila talak".
Mahu jumpa Tengku Anis? Foto: Utusan
Kesian memang ada, tapi kalau lama-lama orang pun meluat.
Gila talak ke? Foto: Twitter
Jika anda ada alamat Istana Kelantan tempat Tengku Anis tinggal, bolehlah diberi kepada Rihana di Instagramnya. - CARI |