|
Nampaknya Rihana Oksana Petra, bekas isteri kepada Sultan Muhammad V mula mengotakan kata-katanya sebelum ini bahawa beliau mungkin akan membongkar cerita sebenar mengenai perhubungan mereka berdua.
Kredit foto: Instagram
Dalam update terbarunya, Rihana menceritakan semula kisah perkenalan mereka berdua, dan bagaimana beliau yakin jejaka yang melamarnya itu adalah bakal ayah kepada anak-anaknya.
Bagaimanapun, beliau turut membuat pendedahan yang tidak diketahui umum sebelum ini, berkaitan kisah hidup peribadi Sultan Muhammad V. Menurut Rihana, (bekas) suaminya itu pernah berkahwin dan bercerai pada tahun 2015.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Mengulas lebih lanjut, Rihana berkata bekas isteri suaminya itu adalah seorang wanita keturunan Republik Czech. Bagaimanapun, perkahwinan itu berakhir singkat kerana suaminya mendapati wanita itu hanya mahukan wang, dan bukannya memberikan zuriat. Perkahwinan ini juga tidak pernah dinyatakan di Wikipedia.
Kredit foto: Wikipedia
Lebih parah lagi, Rihana berkata wanita Czech tersebut rupanya masih berstatus isteri orang dan bukannya janda seperti yang dinyatakannya. Ini kerana wanita itu tidak pernah menyelesaikan urusan dan dokumen perceraian perkahwinan terdahulunya.
Kredit foto: Instagram
Selain daripada itu, Rihana turut mendedahkan beliau mengalami tekanan postpartum depression (meroyan) beberapa bulan selepas bersalin, menyebabkan moodnya sering berubah-ubah dalam sehari.
Berkaitan peguam (bekas) suaminya, Koh Tien Hua yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa anak yang dilahirkannya bukan zuriat Sultan Muhammad V, Rihana berkata beliau akan menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada peguam itu kerana telah memfitnah dan memberikan kenyataan yang tidak benar kepada media.
Kredit foto: Instagram
Ramai netizen membuat spekulasi bahawa tindakan ini bermaksud bermulanya serangan secara halus daripada pihak Rihana.- CARI |
|