Berseri-seri muka Nina Iskandar sejak hamil. Tengok di Instagram, isteri kepada penolong pengarah Lan Lebah ini tetap aktif menjalani kehidupan seharian.
Bagaimanapun, ada satu video Nina menjadi bualan hangat dan dikecam habis-habisan dek kerana pemakaiannya tidak sesuai ketika hamil.
Dalam rakaman tersebut, Nina dilihat memakai gaun paras lutut berwarna ungu.
Ketat dan sendat, kata warganet. Nampak macam tak senonoh pula untuk ibu mengandung.
"erut besar macam tu ada hati pakai ketat-ketat lagi. Hodoh.
"Nak tayang siapa tu. Suami dayus tak tegur ke?" antara komen warganet.
Foto: IG
Macam-macam lagilah kata kejian dilemparkan kepadanya.
Mungkin semak dengan ceramah 'ustaz' dan 'ustazah' sosial media, Nina bertindak menutup ruangan komennya.
Dia kemudiannya memuat naik gambar dan menyatakan tidak kisah apa orang lain kata atau fikir terhadapnya.
Yang penting baginya, dia selesa memakai pakaian tersebut.
Penat sahaja nak maki-maki. Nina dah cakap pun dia tak peduli. Artis mana boleh ditegur, biarkan sahajalah. - CARI
|