Beberapa hari lepas, kaum Melayu seolah-olah dipanah tepat di hati apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan berkenaan luahan hatinya terhadap bangsa Melayu yang malas dan terlalu memilih kerja.
Sumber Gambar: Awani
Buat anda yang terlepas dan ingin membaca apa yang disampaikan oleh Tun, boleh baca thread Twitter ini.
Thread Tun di Twitter itu tidak mendapat reaksi positif daripada rakyat apabila isu 'Melayu Malas' ini sibuk dibahaskan di semua media sosial selama beberapa hari.
Sumber Gambar: IG Hazeman Huzir
Turut tidak terlepas daripada isu ini, Hazeman Huzir berkongsikan kisah hidupnya dan menyatakan bahawa dia kurang bersetuju dengan pendapat Tun.
Thread pengacara Motif Viral itu dipersetujui rata-rata warganet yang turut mengalami pengalaman sama.
"Saya tidak kerja keras, saya kerja untuk bersyukur"
Semenjak dari dahulu lagi, kaum Melayu sering dilabel sebagai pemalas. Adakah stereotype 'Melayu malas' ini masih lagi relevan pada tahun 2019? Ayuh bincangkan isu ini dan kongsikan pendapat anda di ruangan komen! - CARI |