Siasatan terhadap insiden menimpa Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, yang maut tertembak dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lalu menjurus kepada faktor kecuaian, lapor BERNAMA.
Kredit foto: Harian Metro
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Omar Mammah yang berkata, beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
Ketika dihubungi, beliau memaklumkan pihaknya bagaimanapun akan meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian.
Difahamkan, sehingga kini, 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Anak kepada pelakon AR Badul itu meninggal dunia pada Rabu selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia. - CARI
BACA JUGA: Anak AR Badul Meninggal Dunia Tertembak Ketika Demonstrasi |