Kredit foto: Google : Ranu kini sudah mempunyai kerjaya di Bollywood dan menyertai rancangan realiti TV Superstar Singer
Tuah ayam, nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Peribahasa ini sentiasa bermain di bibir setiap kali kita memperkatakan kejayaan/rezeki seseorang yang dianggap luar biasa atau mungkin, sesuatu itu tidak seharusnya berlaku.
Siapa sangka nasib seorang wanita tua gelandangan Ranu Mondal berubah sekelip mata setelah tular sebuah video nyanyiannya berjudul Ek Pyaar Ka Naagma Hai di sebuah stesen keretapi Ranaghat yang terletak di Bengal Barat, India.
Kredit foto: Orrisa Post : Atindra Chakraborty kini pengurus pada Ranu Mondal
Video nyanyian Ranu dimuat naik di Facebook oleh Atindra Chakraborty setelah mendengar suara wanita itu ketika di stesen keretapi tersebut. Atindra Chakraborty kini menjadi pengurusnya untuk menguruskan hal berkaitan karier barunya dalam industri Bollywood.
Kredit foto: Instagram Ranu Mondal
Kemerduaan suara wanita tua yang menyanyikan lagu asal Lata Mangeshkar itu turut membuatkan komposer Bollywood terkenal, Himesh Reshamiya kagum hingga menjemputnya untuk merakamkan lagu terbaharu berjudul Teri Meri Kahani.
Kredit foto: Instagram Himesh Reshammiya
Kuasa tular video itu turut menarik minat raja Bollywood, Salman Khan untuk merakamkan lagu dengan Ranu dalam filem Dabangg 3.
Mungkin ada yang menganggap hidup seorang gelandangan akan terus berakhir di lorong-lorong kotor, busuk dan jijik yang dijadikan sebagai tempat tinggal golongan ini. Namun dek memiliki suara emas yang membuatkan ramai kagum mendengarnya dan kuasa viral telah menjadikan dia seorang yang luar biasa.
Bertuah sungguh wanita ini! - CARI
|