Kari Hijau Thai mendapat namanya dari warna kari tersebut yang datang dari bahan utamanya, cili hijau. Biasanya orang akan membeli pes kari hijau dari kedai dan pasar raya. Namun kali ini kita akan membuat pes kari hijau sendiri. Barulah sedap!
Kari hijau Thai tidak pedas tapi kalau anda suka pedas, boleh tambah cili padi. Sedap dimakan bersama nasi putih...Jomm kita masak!
Kredit Foto - Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ( MAHN)
Bahan-bahan diperlukan:
- *3 tangkai cili hijau
- *6 biji bawang merah
- *3 ulas bawang putih
- *1 inci lengkuas
- *2 batang serai
- *2 pokok daun ketumbar * bahan untuk dikisar
- **1 sudu kecil serbuk ketumbar
- **1 sudu kecil serbuk jintan manis
- **1 sudu kecil serbuk lada putih ** bahan untuk ditumbuk
- 500gm ayam
- 1 biji limau purut/nipis
- 3 helai daun limau purut
- 6 tangkai cili padi
- 3 sudu sos ikan
- 200ml santan
Cara memasaknya:-
1. Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak. Tumis rempah yang kita tumbuk tadi. Jangan lama sangat nanti rempah hangit, jadi Kari Hitam Thai.
2. Tumis sampai pecah minyak dan wangi dan kerap kacau.
3. Dah pecah minyak buat kali kedua, masukkan ayam. Masak sampai empuk.
4. Dah empuk, masukkan santan segar. Kurangkan santan kalau nak kurang lemak. Tambah juga air.
5.Masukkan daun limau purut/ kasturi.
6. Perasakan dengan sos ikan atau garam. Kalau nak letak gula, silakan (optional). Masukkan juga cili padi (ikut kepedasan masing-masing).
7. Parut kulit limau purut/nipis dan letak dalam Kari Hijau Thai. Lepas tu perah airnya sikit.
Siap. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Nota :
- Boleh tambah sayur seperti terung, jagung mini, terung pipit atau rebung
- Sesuai juga dimasak dengan daging lembu. - CARI
Kredit : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
|