CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4305|Reply: 2

STAR DELTA FAULTY

[Copy link]
Post time 15-9-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam otai2 letrik..

Aku ada problem sikit. Baru ni aku ada install 75kW motor brand Ebara dgn team aku sbb motor lama dah kaput termasuk penukaran contactor. Yang jd problem bila motor start run up dia trip overload lepas masok delta. Kalau tak ada load dia switch over dgn baik. Aku dgn team dapat trace bila magnetic overload level di tingkatkan breaker akan stay dlm keadaan under load. Aku check pakai clamp meter result aku dpt two spikes dari 90A to 160A bila delta masok. Bila magnetic overload level naik baru under load current level settle dan motor pn ok. Aku musykil kenapa star delta changeover fault jadi dlm situasi ni? Minta pendapat dan cdgan pd otai2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2019 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
waalaikumsalam hasnor.

i know it seems kindabasic to be writing this,cuma sebagai peringatan kita bersama.

asasnya star delta starter pada awalnya dihubungkan dengan Star (star contactor) secara berkonfigurasi.

bila masuk je Star kita akan dapati 1/3 daripadanya adalah arus bagi voltan penuh, 1/3 lagi adalah tenaga kilasan atau tork yang memulakan voltan penuh untuk kitaran seterusnya pada ketiga2 contactors.

selepas timer beroperasi, star contactor (normally opened) dan delta contactor (normally closed) akan menyalurkan voltan penuh selepas satu open transition.

jadi kat sini ada dua syarat yang perlu kita pertimbangkan :

1 . ketika motor kat delta contactor MENARIK arus voltan penuh selepas kelajuan putaran, adalah sangat penting untuk kita tahu bilamana semasa voltan disambungkan pada delta contactor, motor dibenarkan untuk mempercepatkan kelajuan penuh sebelum voltan beralih ke delta.

so jika voltan yang beralih dari Star ke Delta kurang daripada 90% kelajuan, ia (delta) akan mengalami arus permulaan yang sangat tinggi sehingga motor mempunyai kelajuan penuh, biasanya sekitar 6 ke 9 kali rated current pada motor atau sekitar 75% daya fluks.

2 . open transition akan menyebabkan terhasilnya arus dan tork sementara.ia berlaku kerana motor pada Star akan berputar pada kelajuan yang hampir pada spesifikasi yang ditetapkan, bukan kelajuan penuh ya sebab voltan belum masuk delta lagi.

bila motor dah start berputar dengan putaran medan magnet atau kita panggil magnetic field, pada masa yang sama stator akan mengerakkan arus rotor dan sekaligus menghasilkan medan rotor (rotor field).

selepas Star contactor dibuka medan magnet dari rotor tadi berputar dalam litar stator.hahh proses ni kita panggil sebagai generator dengan frekuensi yang berfungsi untuk menjana kebergantungan voltan pada kelajuan rotor.

Aku dgn team dapat trace bila magnetic overload level di tingkatkan breaker akan stay dlm keadaan under load.


^^^komen no load suggest awak ni tak menunjukkan sesuatu yang positif kat saya, the motor is not up to full speed at switch over when loaded.motor tu takkan mengalami capaian kelajuan yang ditetapkan ketika load mula masuk.itu fakta!

ia adalah disebabkan oleh kapasiti tork yang tak cukup pada Star (yang awak tak boleh buat apa2) ATAU ketidakcukupan masa pada Star contactor dan dengan memanjangkan masa pada Star akan settle kan masalah ni.penukaran open transition yang pantas boleh diubati dengan closed transition atau transition free starter.

harus diingat juga masa yang berlebihan pada Star akan menyebabkan motor fail.tapi dalam situasi ini motor memerlukan masa sedikit panjang untuk start .... unless it is only at part speed.

harap membantu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 16-9-2019 04:15 AM
waalaikumsalam hasnor.

i know it seems kindabasic to be writing this,cuma sebagai peringatan kita ...

Top class punya explanation!!!!!!! Tengkiyu bos.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057535 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list