Bagi mereka yang mendengar radio yang lagu-lagunya sentiasa sedap dan dj-djnya tak banyak ketawa dengan lawak sendiri, Suria FM memang antara stesen radio yang jadi pilihan.
Nama DJ Lin pula memang tak boleh dipisahkan daripada stesen radio itu. Dia mengendalikan segmen "Suria Cinta" hampir setiap malam, tetapi peliknya tukang nasihat dan dengar masalah orang bercinta ini masih lagi single.
Siapa tak kenal DJ Lin? Foto: Instagram
mStarmelaporkan DJ Lin yang berusia 46 tahun ini tidak mahu memikirkan tentang hal cinta dan cari pasangan, sebaliknya mahu fokus kepada anak-anak dan kerjaya sahaja.
"Saya ni boleh dikatakan 'workahlolic' dan hanya fikir pasal kerja sahaja. Banyak lagi perkara belum saya capai."
Saya sibuk kerja. Foto: Instagram
Dia juga mengakui, ada sahaja lelaki yang mendekatinya tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.
"Sebelum ni ada la orang cuba kenal tetapi hubungan tak bertahan lama sebab saya sibuk bekerja," katanya.
DJ Lin dan anak-anak. Foto: Instagram
Selain menjadi dj, DJ Lin juga adalah pengurus kanan Suria FM. Patutlah tidak ada masa kan?
Harapnya DJ Lin bahagia selalu, asyik dengar kisah cinta orang lain, bila Suria FM hendak buat segmen peminat pula dengar kisah cinta DJ Lin ya? - CARI |