CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2219|Reply: 9

Scammer! Kenapa Masih Ramai Tak Sedar Mudah Ditipu Bulat-bulat?

[Copy link]
Post time 17-9-2019 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Sumber : Freepik.com




Hidup sudah lama, tapi kenapa masih ramai lagi tak boleh fikir dan kena tipu?

Perkara ni telah lama berlaku. Dan ianya tak akan pernah habis. Cuma, yang menjadi persoalannya kenapa perkara begini tak pernah habis?

Di sini penulis senaraikan tiga (3) sebab, kenapa masih ramai lagi yang terus ditipu dan tertipu.



Sumber : Freepik.com




1. Licik
Scammer memang sangat licik.

a. Pangkat Kasta Bangsawan.
Mereka menggunakan pangkat seperti Tan Sri, Datuk/Dato atau selebriti/artis untuk menipu orang.

Jangan terkejut. Ada usahawanan berjaya pun masih lagi sanggup menipu wang rakyat kasta bawahan.

b. Memanipulasi undang-undang atau peraturan.
Mangsa rasa begitu yakin kerana ada surat perjanjian dan mereka sendiri menurunkan tanda-tangan dengan rela hati.

Tapi, ramai tak sedar kerana telah dikaburi dengan janji manis. Sehingga ada diantara mereka sendiri tidak membaca surat perjanjian tersebut dengan teliti.

Malah, mungkin ada juga yang menggunakan bahasa Inggeris bagi mengaburi mata mangsa. Sedangkan di dalam perjanjian tersebut sangat berat sebelah.

Dan, apabila sudah tersedar kena tipu. Mangsa tak mampu buat apa-apa tindakan dari segi undang-undang kerana sudah menandatangani surat perjanjian tersebut.


Sumber : Freepik.com




2. Tamak
Ini perangai yang selalu menyebabkan ramai terbungkang di atas tanah.
Sebenarnya, Scammer ni bukan semuanya membuat kerja secara membuta-tuli. Walaupun ada sebahagian sebegitu. Itu scammer yang ilmunya rendah.

Scammer ni tahu apa :-
-yang bermain diminda masyarakat
-keraguan,
-ketakutan,
-keinginan dan
-risiko yang masyarakat ada.

Mereka tangani dengan baik setiap satu. Kemudian scammer akan menaikan sifat ketamakan mangsa sehingga tak berfikir panjang. Akhirnya, mangsa yang kecundang.


Sumber : Google.com




3. Takut Tak Kena Tempat

Perkara ni selalu berlaku kepada mangsa yang menerima panggilan telefon ataupun email. Pada kebiasaannya, mangsa akan ditakut-takutkan dengan mengguna undang-undang seperti akan dipenjara atau diambil tindakan undang-undang.

Bagi mereka yang termakan dengan ancaman tersebut, pasti menjadi mangsa.

Kesimpulannya, scammer tidak pernah lenyap. Yang lenyap hanyalah duit anda. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke cara nak membanteras scammer ni? Makin menjadi2 tau dorang ni. Especially scam yg call2 orang tu. Selamba je dok call2 ofis iols.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
scammer ni kebas duit mangsa melalui transaction online tu yg polis sukar nk kesan lokasi
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh mcam jijang semang pon still ramai sokong. Kalau dh produk terlajak sedap lingkup pon dn ponder dia nyata2 kaki gebang menipu xhengat dosa tp masih ramai batak nk jadik agen. Klau dh dnars tiap tahun ada produk dia kt list produk haram pon dia still ok. Pastu produk2 ciplak pon ramai sokong. Retis2 bangang pon ramai peminat ehemqiekepampropaehem. Drama bangang pon ramai tengok. Retis muka van bamir pon diakatakan ovari pecah. Pikiaq la mentaliti melayu camner
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 02:42 PM | Show all posts
papadomku replied at 17-9-2019 12:55 PM
Takde ke cara nak membanteras scammer ni? Makin menjadi2 tau dorang ni. Especially scam yg call2 ora ...

takde cara yg terbaik...best solution now ialah kite yg kene didik diri sendiri supaya tak tertipu

sebagai contoh, kalau kite nak banteras aedes, kene la kita yg bersihkan rumah, baru la aedes tak mai...atau report call suruh sembur...

lagi satu sebab susah nak monitor transaction, ada berjuta2 transaction berlaku dalam masa satu saat...

sebab tuh la bank hanya mampu send sms cakap "Did not perform?" Call number bank"

Kos sistem nak track scammer pon dh berjuta

bile tgk app bank pon cikai..bank islam lagi la xde app...adakah anda pk deme mahu buat sistem track scammer pula

ehehehhee..sekian hujahan saya

tp nothing is impossible....moga ada kelak
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:15 PM | Show all posts
english tukang2 scammers ni macam hampeh.. bnyk typo dlm writing.. kalau call, lagi la ke laut grammar, pronunciation & accents.. waduh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2019 03:16 PM | Show all posts
merrissa replied at 17-9-2019 02:42 PM
takde cara yg terbaik...best solution now ialah kite yg kene didik diri sendiri supaya tak tertipu ...

Prob sis, kebnykn org2 ni bila dpt call konon2 dari polis la, mahkamah la, kebanyakan nya mengelupur cipan.
Especially orang2 tua.. lagi la senang scammer ni take advantage.
Mcm kat kampung aritu, ada buat ceramah dan nasihat rumah ke rumah... supaya jgn terpedaya dgn scamner panggilan telefon, scammer gores dan menang. sedihnya, tetap ada yang terkena lepas tu... huhuh
Power gila scammer panggilan ni menakutkan orang


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mangsa kebanyakan die kan orang umo 40an keatas.. yang simpanan kwsp banyak.. tapi mudah terrtipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
smartaleck07: english tukang2 scammers ni macam hampeh.. bnyk typo dlm writing.. kalau call, lagi la ke laut grammar, pronunciation & accents.. waduh..

kat shoppe pun ade scammer, modus operandi die akan ajak urusniaga melalui wassap alasan dia nak cepat, iphone yang ribu riban buleh kurang sampai 700 pun dia suka, katanya tak paham bm, tapi english pun hancoo.. asek bare with me , bare la sangat tapi no akaun die melayu name hafizul.last2 kite bolayan, die offer bisnes pinjamkan die akaun bank kite plak untuk bisnes die, katanya setiap transaksi berjaya kite amik rm200. pastu bagi testimony palsu( testimony boleh plak cakap bm?) ngan jual henpon tetibe testimoni beg..nampak sangat die cilok je
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 08:59 PM | Show all posts
ya hampon hauknya penguasaan bahasa artikel nih. sehauk performance chaleeda yang lemau menyanyikan lagu girlfriend avril lavigne kat konsert big stage ahad lepas. kosa kata serba tak kena. struktur ayat pun semacam tunggang langgang. iols nak baca pun intonasi jadi pelik sebab pembentukan ayat yang kurang gramatis gituh. mohon improve next time yachh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.109765 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list