Betul ke perempuan lebih ramai dari lelaki?
Itu yang ramai orang sangkakan apabila melihat kiri dan kanan masing-masing kaum Hawa lebih ramai dari kaum Adam.
Namun, ia disangkal oleh pemuda ini. Ianya bukan bersandarkan emosi semata-mata kerana ternyata ia termaktub dalam statistik penduduk Malaysia dari Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2018-2019.
Jadi, fakta ini tepat tetapi ke mana golongan lelaki yang sebenarnya?
Kredit foto: Twitter
Menurut data tersebut, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang iaitu 16.8 juta lelaki sementara wanita pula 15.8 juta orang.
Ia menjadi bahan usikan di Twitter apabila pelik melihat angka tersebut. Dikatakan kaum wanita lebih ramai kerana lelaki sendiri memilih untuk menjadi 'wanita berloceng'.
Hal ini yang mendorong kepada 'kurangnya' jumlah lelaki di Malaysia. Apatah lagi ianya boleh dikira dengan jari jumlah lelaki di Institut Pengajian Tinggi. Atau ada pula yang berpendapat lebih ramai di pusat pemilihan hingga wanita nampak lebih ramai dari lelaki.
Web
Tetapi menurut artikel ini, ia sebenarnya adalah nisbah di Malaysia sahaja kerana di dunia sendiri pun, jumlah lelaki melebihi jumlah wanita.
Jadi, masalah anak dara memilih suami orang, poligami kerana nafsu dan sebagainya tidak harus wujud kerana jumlah lelaki yang ramai itu. Lebih bermasalah ialah menjadikan lelaki tersebut lebih hebat atau sekurang-kurangnya setanding dengan wanita perlu diberi perhatian. Anda ada idea? - CARI
|