Seorang lelaki bernama Muh Aris bin Syukur dari pekan Mojokerto di Jawa Timur dikenakan hukuman kembiri secara kimia kerana didapati bersalah merogol sembilan orang kanak-kanak. Ini kali pertama hukuman kembiri dijalankan di negara itu.
Kredit Foto: Kompas TV
Pada tahun 2016, Presiden Joko Widodo menandatangani Perppu, iaitu undang-undang baru memperkenalkan hukuman mati dan kembiri secara kimia buat penjenayah seks kanak-kanak setelah diluluskan oleh Parlimen negara tersebut.
Kredit foto: CNN INdonesia
Aris menjadi lelaki pertama dikenakan hukuman tersebut setelah didapati bersalah merogol 9 kanak-kanak perempuan sekitar tahun 2015-2018 di Mojekerto. Dia ditangkap pada Oktober 2018 selepas rakaman CCTV menunjukkan dia melakukan kelucahan melampau kepada salah seorang mangsa tersebar.
Seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia, Aris juga dikenakan 12 tahun penjara, dan denda IND100 Juta oleh Mahkamah Daerah Mojokerto. Humuman 12 tahun penjara itu lebih ringan berbanding 17 tahun yang diminta oleh pendakwaraya.
Kredit foto: Carian Google
Tapi Aris akan mendapat hukuman bonus kembiri kimia kata hakim tersebut, walaupun hukuman kembiri tidak diminta oleh pendakwaraya sebelumnya.Oleh kerana inilah kali pertama hukuman kembiri dijatuhkan, pejabat kehakiman tidak dapat memberikan maklumat mengenai bagaimana ianya akan dijalankan menjadikan tarikh pelaksanaannya belum diumumkan.
Persatuan Doktor Indonesia (IDI) juga tidak mahu bekerjasama dalam menjalankan hukuman tersebut kerana dikatakan melanggar etika perubatan.
Kredit foto: Carian Google
Hukuman tersebut diperkenalan oleh kerajaan Indonesia berikutan kejadian rogol dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak di Bengkahulu pada tahun 2016. Ramai aktivis berkata hukuman yang ringan sebelumnya menjadikan kerajaan tidak serius dalam menangani keganasan seks terhadap kanak-kanak.
Persoalannya, bersetujukah anda hukuman seperti ini diperkenalkan di Malaysia? - CARI |