Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34 mendakwa tidak tahu menahu mengenai tindakan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz, konon dia sudah melafazkan cerai ke atas isterinya menerusi aplikasi berkenaan.
"Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.
"Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan," dakwanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Foto: IG
Lufya bagaimanapun akur jika perpisahan menjadi titik akhir kemelut rumah tangga mereka.
"Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.
"Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp," kata Lufya.
Lufya memohon agar suaminya menjadi lelaki yang bertanggungjawab dan turut berfikir mengenai anak mereka.
Bintang Mahar Tanpa Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.
Foto
G
Kemelut rumah tangga pasangan ini mula dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menepis dakwaan tersebut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh.
Namun beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa dianiaya oleh suaminya yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.
Semoga Lufya dan pasangannya dapat menangani kemelut ini sebaiknya.- CARI