Kisah rumah tangga pelakon Sharnaaz dan Noor Nabila nampaknya terus diperkatakan. Satu persatu perkara terbuka seperti masalah nafkah, tanggungjawab dan sebagainya.
Jika sebelum ini, ramai yang seakan terkejut apabila Nabila memberikan alasan berpisah kerana pemberian nafkah zahir yang kurang mencukupi iaitu RM500 sahaja sebulan.
"Bukan Pasal Duit Tapi Tanggungjawab" - Noor Nabila Jawab
Maka, ramailah yang berpusu-pusu mengecam kakak kepada Neelofa ini yang katanya kurang bersyukur dan sebagainya.
Mungkin mahu menjawab segala kata-kata warganet itu, Nabila semalam dilihat mengemaskini IG Stories yang berbunyi,
"Its not about money. Its about responsibility." (Ia bukan berkenaan duit tetapi berkenaan tanggungjawab).
Nampaknya, lebih 90 peratus pengikutnya bersetuju dengan kenyataan itu. Adiknya Neelofa juga turut memuatnaik semula hantaran Ig stories Nabila.
Terdahulu, pasangan ini berumah tangga pada 2017 dan Nabila membuat permohonan cerai pada 27 Ogos lalu.
Apa pula pendapat anda? - CARI
|